Friday, July 19, 2013

7 sebab saya ambil vitamin @ kenapa badan kita perlukan vitamin tambahan.

Perlukan kita mengambil vitamin @ supplement tambahan??? Dulu saya memang tak kisah pasal vitamin sebab saya yakin saya mendapat cukup khasiat (vitamin dan mineral perlu) dari pemakanan seimbang yang saya ambil, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Tetapi semakin meningkatnya usia dan selepas melahirkan anak saya yang kedua saya mula rasa ada yang kurang. Menyusukan A'isy memang lain dari Auni, terasa badan letih setiap hari selepas pulang dari kerja. Saya mula sedar yang sekarang saya dah semakin sibuk (bekerja dan uruskan 2 orang anak) berbanding dulu hanya menguruskan seorang anak. Bila dah sibuk makan pun tak menentu ambil yang mudah jer. Saya yakin ramai ibu2 diluar sana alami masalah yang sama. 

Jadi saya nak kongsikan disini tentang sebab2 badan kita perlukan vitamin:

1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu peyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam juga boleh mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6. Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kurang dititikberatkan.

Tetapi harus diingatkan dengan mengambil supplemen bukanlah tiket untuk melupakan diet seimbang dan sihat, pemakanan yang sihat harus dipraktikkan. Minum air masak dengan banyak, 3-5 liter sehari, bersenam dan berdoa dan sentiasa berfikiran positif!


Jom amalkan gaya hidup sihat!

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List

SHOUTBOX