Tuesday, June 4, 2013

Makanan tambah susu ibu

Menyusukan bayi sehingga cukup tempoh seperti dalam seranan islam memang menjadi dambaan ramai ibu2 diluar sana kerana sebagai ibu kita selalu nak beri yang terbaik untuk anak kita. Saya sendiri sentiasa mencuba apa jua petua atau tip2 daripada pembacaan atau perkongsian kawan2 dan sedara mara demi memastikan perjalanan penyusuan anak2 saya lancar dan sukses. Salah satu amalan untuk tambah susu ibu ialah dari segi pemakanan. Ibu2 yang menyusukan bayi perlu memastikan keperluan nutrisi dipenuhi, ibu2 menyusu memerlukan 1800 kalori setiao hari jika menyusukan seorang anak. Oleh itu adalah perlu untuk ibu2 mengmbil makanan yang seimbang serta tinggi kalori disamping mengamalkan beberapa "milk booster" iaitu makanan semulajadi yg boleh menggalakkan penghasilan susu. Antaranya ialah:

1. Halba atau fenugreek juga tambah susu ibu dan biasanya digunakan dalam masakan.


2. Kurma mengandungi nilai kalori yg tinggi selain bantu tambah susu. Ibu2 menyusukan perlukan kalori yang tinggi.


3. Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan yg mengndungi pelbagai khasiat juga terkenal sebagai milk booster(tambah susu ibu) dan merawat keputihan. Alfalfa sprout "jenis cambah" boleh didapati dipasaraya. Tapi saya ambil shaklee alfalfa complex..hehe
4. Minum susu untuk hasilkan susu bukan itu aje tetapi ibu2 juga perlukan kalsium yg tinggi untuk mengelakkan kerapuhan tulang dan gigi selain untuk tambah susu.

5. Masukkan jintan dalam makanan juga boleh tambah susu ibu kerana Jintan menggalakkan penghasilan susu, sebab tu lepas makan kari kilang susu penuh!

6. Tempeh dari kacang soya merupakan sumber protein, ia bukan sahaja bantu tambah susu tetapi juga memekatkan susu.


7.Sayuran Hijau seperti kucai, bayam, sawi membekalkan kalsium dan juga sumber asid folik yang diperlukan oleh ibu2 hamil dan menyusu.

 
8.Keju tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh dan bantu tambah susu, sebab itu susu dihasilkan dengan banyak lepas makan keju.



9. Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.
 
Banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan iaitu 

KERAP KOSONGKAN PAYUDARA - susukan bayi sekerap mungkin

 atau 

KERAP MENGEPAM – setiap hari sekiurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.

Juga amalkan amalan rohani seperti zikir  Ya Matin dan doa banyakkan susu
 

Selain itu, ibu2 juga haruskan memperbanyakkan sedekah, solat taubat serta amalan2 yang menyucikan hati serta sentiasa berbaik sangka kepada "Yang Pemberi Rezeki". InsyaAllah setiap usaha pasti ada hasilnya.

Bila dah amalkan makanan untuk tambah susu perlu lagi ke ambil supplement??? Jawapannya YA kerana SET PENYUSUAN bukan sahaja bantu tambah susu tetapi ia sebenarnya memberi tenaga, mengatasi kelesuan serta mengurangkan stress ibu. Jadi paling baik ialah amalkan pemakanan seimbang, tingkatkan amalan rohani serta tambahkan nilai nutrisi dengan vitamin tambahan.....dan pilihan saya semestinya SET PENYUSUAN SHAKLEE!

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin



No comments:

Post a Comment