KOLESTROL sering dikaitkan dengan berat badan dan juga penyakit jantung. Apa itu KOLESTROL? Kenapa KOLESTROL perlu dikawal? Apakah kesan buruk KOLESTROL berlebihan?
KOLESTROL adalah sejenis lemak yang dihasilkan oleh hati dalam badan kita yang berfungsi dalam metabolisma badan. Setiap sel badan kita mempunyai kolestrol pada bahagian membran luarnya.
KOLESTROL terbahagi kepada 2 iaitu kelestrol baik (HDL) dan kolestrol jahat (LDL). Sel badan kita memerlukan kolestrol baik (LDL) untuk bernafas, makan, berkumuh dan menjalankan beberapa fungsi metabolisma yang lain. Manakala kolestrol jahat (LDL) mengganggu fungsi2 sel diatas.
Fungsi2 lain kolestrol ialah:-
- Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
- Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
- Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
- Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.
- Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
- Menjaga ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.
- Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
- Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
Akan tetapi perlu diingat bahawa peningkatan paras kolestrol yang tidak dikawal (melebihi 5mmol/liter) boleh mencetus keadaan2 berikut:
- Serangan jantung
- Strok
- Penyempitan arteri
- Darah tidak mengalir dengan baik
KAWAL PEMAKANAN
Kurangkan pengambilan makanan2 yang tinggi kandungan lemak tepu seperti makanan2 yang diproses, ambil makanan yang mengandungi lemak yang berkualiti sahaja.
LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL (BERSENAM)
Bersenamlam sekurang2nya 2 kali seminggu atau paling kurang lakukan senaman ringan seperti "naik turun tangga"
TURUNKAN BERAT BADAN
Kawal berat badan kerana kebiasaannnya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan(OBESITI) mengandungi paras kolestrol jahat(LDL) yang lebih tinggi.
HINDARI ROKOK / MINUMAN BERALKOHOL
Rokok dan alkohol sememangnya mempunyai kesan buruk keatas kesihatan jadi sebaiknya cuba hindarkan.
Selain daripada cara2 diatas terdapat beberapa supplement yang membantu mengawal paras kolestrol seperti:
Omaga Guard - Menurunkan LDL dan trigliserid sehingga 65%
Lecithin - Pengimulsi lemak kerana terdapat kolin & inositol
Garlic Complex - Menurunkan paras kolestrol
Vitamin E - Menghalang oksidasi serta meningkatkan paras kolestrol baik HDL
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
Salam Ceria,
Aniszzddin
No comments:
Post a Comment