Tuesday, January 22, 2013

Tip Elak Pedih Ulu Hati (GERD)



GERD (gastroesophageal reflux disease) merupakan penyakit biasa di Barat dan kini semakin banyak dikesan pada penduduk Asia, terutamanya golongan muda di bawah umur 40 tahun.

GERD adalah keadaan yang timbul akibat refluks atau regurgitasi kandungan perut ke salur pemakanan (esofagus) menyebabkan komplikasi atau simptom yang menyukarkan kehidupan harian pesakit.

Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala ini selain sering rasa masam atau pahit di dalam mulut, sukar menelan makanan, sakit kerongkong dan batuk berterusan seterusnya mengalami gangguan tidur akibat simptom-simptom tersebut, anda mungkin menghidap GERD.

Sedikit penegnalan tentang pedih ulu hati (GERD)

Pada kebiasaannya, asid dalam perut hanya memasuki salur pemakanan dalam jumlah kecil sahaja dan akan segera dineutralkan kembali. Bagaimanapun dalam kes GERD, jumlah asid yang banyak disalurkan ke esofagus apabila injap terbuka dan dalam jangka masa panjang mungkin menyebabkan lapisan tisu saluran itu terhakis.

Bagi pesakit GERD, hakisan berulang sehingga ke sel-sel saraf akan menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan di bahagian dada.

Kesakitan ini berpunca daripada kumpulan saraf berhampiran jantung yang dikongsi bersama salur esofagus. Kumpulan saraf ini dikongsi memandangkan esofagus melalui belakang jantung sebelum bercantum ke perut.

Disebabkan kedudukan struktur seperti ini, pesakit tidak akan sakit pada perut tetapi akan merasa sakit pada tengah dada (sternum) dan kerap pedih ulu hati. Pesakit juga akan kerap merasa masam (asid) atau pahit di dalam mulut akibat masalah refluks asid ini.

Tip elak pedih ulu hati (GERD) - iSihat Feb 2012

1-Elak pengambilan soda dan minuman bertenaga kerana minuman tersebut sgt berasid dan boleh merosakkan tekak dan esofagus individu dgen reflux.

2-Makan sedikit dan tanpa lemak kerana mengambil sedikit makanan dalam satu2 masa diibaratkan seperti memotong makanan berminyak dalam kuantiti kecil. ini kerana lemak lambat dihadamkan dan dapat menahn perut untuk kekal kenyang dalam tampoh lama.

3-kunyah gula getah selepas makan. ia mengawal tubuh anda untuk membuat lebih banyak air liur dan seterusnya meneutralkan asid. gula getah juga membantu menggerakkan makanan melalui perut dgn lebih cepat!

Alternatif lain menangani pedih ulu hati ialah melalui supplement. Dan seperti biasa supplement pilihan saya ilah dari Shaklee.

1. Peppermint Ginger Plus - Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.



2.Alfalfa - Mengurangkan keasidan dan inflamasi

 
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 


Salam Ceria,

1 comment:

  1. wow, tak sangka alfalfa juga boleh digunakan untuk GERD. thanks for the info

    ReplyDelete