Friday, January 18, 2013

Detoks penting utk buang toksin dalam badan!

Detoksifikasi adalah proses penyingkiran himpunan toksin yang terkumpul di dalam tubuh badan kita terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.

Dari kebiasaan cara makan, tubuh manusia akan mengaktifkan suatu proses yang diketahui sebagai metabolisma untuk menyediakan darah baru dan sel-sel baru. Apabila kita menelan makanan melalui kerongkongan, makanan tersebut akan dicerna oleh perut dan usus kecil. Bahagian yang mengandung zat-zat yang bermanfaat akan tetap berada dalam tubuh, sementara sisa-sisanya akan dibuang.

Sebahagian sisa-sisa makanan tidak dapat melalui dinding-dinding perut dan usus dan ia akan tetap berada dalam tubuh kita. Sisa-sisa makanan tersebut akan menjadi kotoran yang tersumbat di dalam usus.

Jika kotoran dibiarkan di situ terlalu lama, maka akan terjadi proses fermentasi yang berlebihan, sehingga bakteria kompleks akan menjadi berlipat ganda di dalam usus dan akan mengeluarkan unsur-unsur bertoksin. Akibatnya tubuh kita akan menderita berbagai penyakit dan rasa tidak selesa yang tidak diketahui penyebabnya.


Pencemaran udara dan air juga menyebabkan berbagai masalah. Asap dari kilang, asap dari kenderaan bermotor, gas masak serta air paip berklorin akan menambah kandungan toksin di dalam tubuh kita. Demikian juga kebiasaan merokok dan  minum minuman keras.

Tubuh manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dalaman yang mampu mengawal kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksin. Keadaan menjadi semakin serius apabila toksin ini tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dan badan juga tidak mendapat zat nutrien yang secukupnya (40 jenis nutrien)


                Inilah rupa tubuh yg penuh toksin, Nauzubillah minta dijauhkan dari kita

Shaklee menawarkan rangkaian produk yang penting untuk mencuci "detoks" darah serta organ2 yg penting dalam badan kita seperti hati dan kolon.

1. DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan2 yang digabungkan secara unik dan saintifik, ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yg kaya dgn antioksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yg membantu mengekalkan aliran hempedu)


2.Herb-Lax direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit.

Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.


3. Garlic Complex mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam tosik yang menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi garlic mampu melindungi sel2 darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam Ceria, Aniszzddin









No comments:

Post a Comment