Tuesday, November 6, 2012

Vitamin Ketika Berpantang @ Ciri2 Set Berpantang yg Baik

Dahulu amalan berpantang dikaitkan dengan pengambilan jamu atau herba sebagai penjagaan dan rawatan luka2 dalaman dan luaran selepas bersalin. Terdapat banyak set2 bersalin yang terdapat dipasaran untuk dijadikan pilihan. Persoalannya set bersalin yang manakah yang paling sesuai?? Saya kongsikan disini ciri2 set berpantang yg sesuai dan selamat diambil oleh ibu2 yg berpantang.


6 CIRI YG PERLU ADA DLM SET BERPANTANG

  1. Ianya SELAMAT & TIDAK MEMBERI SEBARANG KESAN KEPADA IBU DAN BAYI. Maksudnya ianya tidak mengganggu kesihatan ibu, pengeluaran susu atau kesihatan bayi.
  2. Ianya BOLEH DITERUSKAN WALAUPUN BAYI MENGALAMI "KUNING". Kebanyakan set berpantang perlu diberhentikan pengambilannya terutama jamu, sbb jamu tu akan buat kuning tu jadi semakin teruk.
  3. Ianya mestilah MEMBANTU BADAN IBU MERASA SIHAT, BERTENAGA & TIDAK MUDAH LETIH sbb selepas bersalin badan ibu berada pada tahap lemah, ibu juga perlu tenaga utk melayan kerenah bayi yang berjaga malam dan juga menyusukan bayi.
  4. Ianya mestilah MEMBANTU PROSES PENYEMBUHAN LUKA bersalin dengan cepat.
  5. Ianya mestilah MEMBANTU ANDA LAWAS & TIDAK SEMBELIT. Ini penting kerana sembelit menyebabkan luka jahitan anda lambat baik.
  6. Ianya MEMBANTU MENGHASILKAN SUSU DGN CEPAT. Ini sangat penting kerana susu ibu satu2 makanan yg terbaik utk bayi. Bonus juga buat ibu2 yg mempunyai susu yg banyak, boleh jimat dan blh cepat kurus sbb byk kalori dibakar semasa proses penyusuan.
Kepada bakal2 ibu yg sedang mencari-cari set berpantang, pastikan anda tahu apa yg anda inginkan agar tempoh berpantang anda dapat dilalui dengan sihat, gembira, segar dan tenang.

Persoalannya, mana nak dapat set berpantang yg ada ciri2 diatas?? Jgn risau dengan SET BERPANTANG dari Shaklee anda akan berpuas hati. 

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Zinc
Ianya sangat penting untuk membantu dalam proses pembaikan luka.Seperti yang pernah saya nyatakan dalam post sebelum ini, zinc disarankan untuk diambil bagi kita dewasa adalah sebanyak 15mg sehari , walau bagaimanapun bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anak memerlukan tambahan 10mg berbanding keperluan orang biasa. Apakah makanan yang mengandungi zinc 
?Jenis makanan yang mengandung zinc antara lain oyster, kerang, bayam, kacang almond, dan biji bunga matahari. Namun jika si ibu tidak dapat menyediakan makanan ini dalam menu masakan harian maka disarankan mengambil multivitamin yang mengandungi RDA zinc atau tambahan tablet zinc dalam diet harian.  


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List

SHOUTBOX