Friday, October 5, 2012

Healing Crisis @ Krisis Penyembuhan

Sebut pasal healing crisis dan kesan penyembuhan ni teringat saya hari pertama saya ambil vitamin shaklee ni kira2 10 bulan yang lalu. Masa tu saya cuma ambil pek percubaan untuk bf mum yang ada vitalea, b-complex, vitamin c dan alfalfa. Masih ingat lagi betapa kepala saya rasa mcm nak pecah lepas amik supplement tu. Tapi sbb kwn saya yg suggest tu dah cerita ttg simptom2 yg mungkin akan saya rasai saya tenang je dan minum air masak byk2 mcm yg dia sarankan. Sakit kepala tu cumaa sehari tu je esoknya dah mcm biasa. Alhamdulillah sekarang saya rasa tahap kesihatan badan saya jauh lebih baik dari sebelum ni walaupun saya tak penah menghidap apa2 penyakit kronik. Sekarang bila saya dpt sms atau email customer mengadu ttg kesan penyembuhan yg mereka lalui saya akan beri saranan agar mereka teruskan dgn supplement ni dan banyakkan minum air masak sbb badan kita sedang memperbaiki mana2 kekurangan. Ok kepada yg tak berapa tahu ttg healing crisis atau krisis penyembuhan ni saya kongsikan disini.





Q:Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 
A:MenurutProfessor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 
A:Ya.Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau
makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar.Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku. 

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti: 

 *Tidak mengamalkannya setiap hari   *Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan   *Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya   *Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat *Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh  
*Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilangkeyakinan dalam mana-mana 
rawatan mahupun makanan tambahan   
*Mengalami masalah emosi

 KESAN PENYEMBUHAN
 PENYEBAB
Sakit kepala yang melampau
 Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
Demam
Meningkatkan metabolism, merangsang fungsi imunisasi badan 
Cirit birit
Meningkatkan pergerakan usus, najis berbau bagi menyahtoksin, menghimpun bhn buangan & sisa2 dlm usus besar 
Kembung perut
 Sistem penghadaman lemah
Ruam, Kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
 Fungsi hati yang lemah, usus besar yg tidak sihat
Penghasilan lendir seperti kahak
 Fungsi paru2 lemah, keluar kahak juga adalah petanda menyahtoksin
Pendarahan Hidung
 Petanda kekurangan Darah
Rasa sakit pada otot sendi
 Badan berasid dan toksin terkumpul pada bahagian yang sakit
Peningkatan rasa sakit dibahagian yang bermasalah
 Mempercepatkan krisis penyembuhan
Sukar tidur
 Sistem sarah lemah
Kitaran haid tak menentu, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendir yg banyak
 Hormon tidak stabil
 Lapar/ pening
 Tekanan darah rendah, Anemia
 Loya, sembelit, Tersedu
 Sistem penghadaman lemah, masalah hati
 Edema membengkak
 Masalah buah pinggang

Kat dalam jadual tu sebahagian simptom2 yg biasa dialami oleh mereka2 yg baru mengambil supplement, ada byk lagi simptom2 lain dan selalunya apa yg dialami berbeza mengukit badan masing2. Jadi nasihat saya jangan cepat panik bila berlaku perunahan pada badan kita sebab badan kita sedang dibaik pulih oleh supplement tadi. Tapi jika anda ambil vitamin sintetik atau produk2 yg tiada ujian klinikal atau sijil pengesahan dari KKM anda kena dapatkan nasihat doktor sbb mungkin bahan2 yg digunakan tu mengandungi bahan2 terlarang yang ada kesan sampingan. KESAN PENYEMBUHAN dan KESAN SAMPINGAN sangat berbeza ye.

Jadi nasihat saya sentiasa periksa produk yang mahu dibeli apatah lagi produk utk dimakan sbb kita adalah apa yang kita makan. Harap2 perkongsian ni membantu mereka2 yang sedang mengalami healing krisis agar tidak panik.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 


Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List

SHOUTBOX