Saturday, June 23, 2012

Vitamin banyakkan susu!

Ha mesti teruja bila baca tajuk kat atas tu kan? Hehe sori ye saje bikin gempak. Macam dalam entry saya yang sebelum ni, PENGAMBILAN VITAMIN/SUPPLEMENT TIDAK MENJANJIKAN PENGHASILAN/PENGELUARAN SUSU YANG BANYAK. Untuk menghasilkan susu yang banyak anda kena fahami konsep "supply" vs "demand" ibu2 kena lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Fahami bahawa "pengeluaran" berdasarkan "permintaan". Bila ada permintaan akan ada pengeluaran. Sebab itu disarankan ibu untuk kerap kosongkan payudara samada kerap susukan bayi atau pam untuk dijadikan stok.    
Kegagalan dalam penyusuan adalah disebabkan perkara berikut,
  1. Tidak belajar konsep penyusuan yang betul.
  2. Tidak faham perkaitan ‘supply’ dan ‘demand’.
  3. Terpengaruh dengan lambakan produk membanyakkan susu ibu di luar sana.
  4. Terpengaruh dengan lambakan tips-tips membanyakkan susu yang banyak menekankan tentang ‘makanan memperbanyakkan susu badan’ atau ‘makanan untuk tambah susu badan’
  5. Tidak menemui orang yang betul untuk belajar tentang penyusuan, misalnya bertanya kepada orang yang tidak menyusukan anak.
  6. Mengambil remeh ilmu penyusuan susu ibu.
Vitamin atau makanan tambahan yang dikatan dapat membanyakkan susu sebenarnya memberikan sokongan kepada tubuh badan ibu dengan memenuhi mana2 kekosongan nutrien yang tidak dapat ditampung melalui pemakanan harian si ibu.

Misalnya sayuran hijau membekalkan vitamin B terutama asid folik untuk ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja). Daging dan produk soya membekalkan protein. Longan kering membekalkan kalori. Jadi tidak hairanlah ibu mendapati susu mereka menjadi banyak selepas mengambil makanan2 seperti di atas.
Dalam hal suplemen/vitamin, sebenarnya tidak ada vitamin khusus untuk ibu menyusu yang MEMBANYAKKAN SUSU. Susu ibu tetap mengikut konsep asalnya – pengeluaran bergantung kepada keperluan NAMUN vitamin membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi yang tidak dapat dipenuhi oleh diet harian.
Ada juga ibu2 yang mengatakan " saya dah kerap pam tapi susu masih kurang!" Wahai ibu2 yang cantik manis, seperti yang saya katakan tadi, lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Bila dah pam tapi susu masih banyak, cuba checkwater intake kita, berapa banyak minum air, makanan yang kita makan tu berkhasiat tak. Pemakanan juga penting. Makan banyak dengan makan makanan yang sihat sangat berbeza. Makan banyak boleh jadi makan HAMPAS sahaja. Tambahan pula jika ibu itu:
  • Kerap makan di luar (biasanya ibu bekerja)
  • Makan makanan segera, makanan rapu, etc
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan
  • Selalu berada dalam keadaan stress
  • Kurang rehat
  • Tak cukup tidur
  • Sering sakit
  • Mengalami masalah kesihatan
Ibu2 yang menjalani rutin diatas  inilah yang  memerlukan sokongan dari segi vitamin/suplemen bagi memenuhi keperluan tubuh yang tidak dapat dipenuhi/dirosakkan oleh perkara2 di atas.  



Set Triple M ni adalah set lengkap yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anak. Juga sesuai untuk ibu-ibu yang tak menyusukan.. Sesiapa pun boleh ambil set ni, no problem at all :)
Lelaki dan wanita muda juga sesuai lagi bagus untuk mendapatkan set ini. Ia bukan saja menjadikan anda cergas bertenaga, malah mengurangkan stress, mencantikkan serta menggebukan kulit, menguatkan tulang, dan menyelesaikan masalah kewanitaan seperti keputihan serta mengetatkan faraj. 
Hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa.
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.


*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin


No comments:

Post a Comment