Saya seorang ibu yang bekerja dan pada masa yang sama masih menyusukan anak saya yang berumur 1 tahun 8 bulan. Ya susu saya masih banyak dengan erti kata lain masih boleh menampung keperluan penyusuan anak saya. Memang benar saya amalkan pengambilan supplement. Akan tetapi saya ingin tegaskan disini bahawa PENGHASILAN SUSU YANG BANYAK BUKAN BERGANTUNG KEPADA SUPPLIMENT semata ibu2 kena pahan konsep SUPPLY VS DEMAND! Maksudnya disini ialah susu ibu akan terhasil dengan banyak dengan kerap menyusukan bayi anda. Bila kerap susukan bayi, kita dapat
create demand dan hantar signal pada otak supaya buat susu lebih banyak.
Juga bila kerap menyusu, susu yang terhasil akan lebih banyak lemak dan
bayi kita akan kenyang. Dengan menjarakkan waktu penyusuan, susu akan mempunyai lebih banyak air
dpd lemak, jadi susu kita akan cair. Jadi apa yang ibu2 patut lakukan ialah KERAP KOSONGKAN PAYUDARA sama ada DIRECT FEED ATAU PUMP BUAT STOK ikut kesesuaian persekitaran dan dimana anda berada. Saya akan susukan A'isy sebelum pergi keje, kat ofis kira2 kul 11 pagi saya akan pump, lunch hour saya blk rumah susukan A'isy ( ni kalau rumah ngan ofis dekat mcm kes saya) lepas lunch kira2 jam 3 petang saya akan pump lagi skali buat stok. Saya sampai umah biasanya jam 5.45 petang dan terus susukan A'isy. Dan waktu malam saya akan direct feed A'isy sekerap mungkin. Nampak tak jadual penyusuan saya. Ye kena kerap kosongkan payudara barulah susu banyak dihasilkan. Mesti dalam hati korang " la kerap pump jer takyah la amik supplement!" memang betul ibu2 semua, suppliment tak menjamin susu akan jadi banyak. Cuma sebagai ibu anda juga seorang isteri, yang mana tanggungjawap anda sangat banyak. Maka kita perlu menjaga kesihatan agar segala urusan rumah tangga dapat dilakukan dengan baik lebih2 lagi ibu2 yang berkejaya. Secara jujurnya saya katakan supplement banyak membantu saya untuk kekal sihat, aktif dan bertenaga dan secara tak langsung saya dapat menjalankan tugas saya sebagai ibu dan isteri dengan baik. Kita kena pandang dari pelbagai sudut, saya ambil supplement untuk dapat kesihatan yang baik bukan untuk banyakkan susu semat-mata. Akan tetapi supplement yang saya amalkan membantu saya menghasilkan susu yang berkualiti ( kerana apa yang kita makan itu yang anak kita akan dapat) logik kan??? Saya nakkan yang terbaik untuk anak saya. Jadi kesimpulannya suppliment tidak menjamin penghasilan susu yang banyak tetapi boleh menghasilkan susu yang berkualiti ( mengandungi semua khasiat vitamin2 yang diambil oleh ibu tadi). Ini pendapat saya melalui pengalaman saya sendiri dan melalui pembacaan saya. Bagi ibu2 diluar sana tepuk dada tanya selera!
Salam Ceria,
Aniszzddin
No comments:
Post a Comment