Jerawat memang digeruni oleh kaum hawa. saya sendiri bila ada jerawat tumbuh kat muka walaupun sebijik akan rasa tak tenteram. jari-jemari ni tak boleh diam asyik nak usik je jerawat tu dan setiap kali tengok muka kat cermin rasa tension lebih2 lagi bila Mr. hubby tegur " Eh u ada jerawat la" berdesing telinga ni. so masa berblog walking tadi saya jumpa tips menghilangkan jerawat ni di blog ini dan saya kongsikan disini. Saya sukakan Tips Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat tanpa guna produk kecantikan dan juga bahan kimia yang berbahaya sebab sejak menjadi pengamal tegar supplement semulajadi shaklee saya mmg suka semua yang semulajadi ni hehe.
1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato
Buah
tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah
tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam
(blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato
dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau
biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang
terbaik amalkan juga dengan makan tomato.
2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Mula-mula
ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas
pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga
gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka
sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya.
Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first
time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau
dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling
mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…
3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya
Lendir
lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga
bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong
kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya,
sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat.
Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting
berterusan. Paling cik tom suka sapu lidah buaya ini memang best sebab
menyejukkan kulit muka.
4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi
Sebelum
tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan
semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam.
Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia
juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah
sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri cik tom. Muka pun
sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.
5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur
First,
pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya
sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15
minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah
anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu
cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead
dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian
tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan
whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi
tips ini pun menjadi cik tom amalkan.
6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu
Tips
ini rajin cik tom cuba masa sekolah dulu, ambil segenggam pucuk jambu
batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan
gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada
muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah
dengan air suam. Cik tom suka bau pucuk jambu batu wangi.
7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras
Air
basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat
tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air
basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri.
Selepas kering, cuci dengan air suam.
Semua
orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang
menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak
hilang dengan mudah dari wajah kita.
Yang
penting untuk amalkan tips ini kena rajin dan konsisten. Tahap
keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa
faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan
dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan.
Untuk mengetahui mana satu kaedah yang sesuai kita kenalah usaha untuk mencubanya Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat ye! Dan cara saya kurangkan jerawat ialah dengan menyapu Vitamin E Shaklee di jerawat yang tumbuh mmg setakat ni berhasil. Saya juga amalkan vitamin2 yang baik untuk kulit seperti Vitamin C, Vitamin B-Complex dan Vitamin E dan untuk kulit berseri pula saya amalkan ESP. Ha banyakkkan jangan panik, bukan kena makan vitamin ni sekali gus. Jika anda inginkan tips2 atau konsultasi mengenai kecantikan kulit ni boleh hubungi saya. Saya dengan senang hati membantu anda.
Untuk mengetahui mana satu kaedah yang sesuai kita kenalah usaha untuk mencubanya Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat ye! Dan cara saya kurangkan jerawat ialah dengan menyapu Vitamin E Shaklee di jerawat yang tumbuh mmg setakat ni berhasil. Saya juga amalkan vitamin2 yang baik untuk kulit seperti Vitamin C, Vitamin B-Complex dan Vitamin E dan untuk kulit berseri pula saya amalkan ESP. Ha banyakkkan jangan panik, bukan kena makan vitamin ni sekali gus. Jika anda inginkan tips2 atau konsultasi mengenai kecantikan kulit ni boleh hubungi saya. Saya dengan senang hati membantu anda.
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
Salam Ceria,
Aniszzddin
Terimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
ReplyDelete.