Kebersihan kuku adalah sangat penting. Melalui kuku juga kita
dapat gambarkan perwatakan seseorang itu. Penjagaan kuku adalah sama
nilainya seperti menjaga kecantikkan kulit,rambut dan anggota badan lain
juga. Akan tettapi masih ramai tidak ketahui bagaimana ingin menjaga
kuku supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cantik.
Banyak keburukan yang bakal timbul sekiranya kita tidak menjaga kuku dengan baik. Antara penyakit yang boleh terken apada kuku kita seperti kuku mudah patah, cagu, berwarna kekuningan dan mudah merekah. Ini akan menjejaskan penampilan kita. Sebaliknya mula kan lah dari sekarang menjaga kuku anda. Antara tips tradisional yang dapat membantu anda ialah seperti berikut.

- LIMAU NIPIS
Gunakan limau nipis sebagai merawat kuku anda. Gosokkan limau pada
kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci dan hasilnya kuku
anda akan kelihatan cantik.
- BELIMBING BULUH
Bersihkan kotoran dicelah-celahkku anda, kemudian ambil belimbing
buluh gosokkan dikuku anda. Pastikan kulit luar belimbing juga digunakan
sekali gus untuk menguatkan kuku.
- KUNYIT HIDUP
Kunyit hidup dapat membantu menghilangkan bau kurang enak pada
kuku. Campur parutan kunyit dengan minyak kelapa dan titiskan pada
tempat yang diinginkan kemudian lap dengan tuala yang agak panas. Akhir
sekali lap dengan kering dan lihatlah hasilnya.
- BAWANG PUTIH
Bawang putih sangat baik untuk kuku yang mudah patah. Caranya
gosokkan bawang pada kuku yang rapuh sekerap mungkin. Ia dapat membantu
menguatkan struktur kuku anda. Bawang putih juga boleh menggilatkan lagi
kuku anda.
- GETAH BUAH BETIK
Getah buah betik baik untuk membersihkan kulit di luar kuku agar
tidak mudah pecah dan menjadi tidak mudah kering. Ia dapat melindungi
kuku anda dengan baik jika dilakukan dengan kerap.
Credit: Oh Bulan!
No comments:
Post a Comment