Thursday, June 7, 2012

Penyakit Diabetis @ Kencing Manis

Sesuatu yang membimbangkan apabila statistik menunjukkan 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan dijangka angka ini kan mencecah 5 juta! Sejauh mana pengetahuan anda tentang gejala ini? Jom kenali apa itu diabetes, gejala serta faktor dan risiko penyakit ini.


Secara amnya, penyakit diabetes ( kencing manis ) adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin.

Dalam penyakit diabetes ( kencing manis ) disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.

Namun begitu, terdapat dua jenis diabetes ( kencing manis ) iaitu diabetes jenis I dan jenis II. Diabetes jenis I (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas atau tiada penghasilan langsung.




JENIS-JENIS PENYAKIT KENCING MANIS

Jenis 1 – Bergantung Pada Insulin (Insulin-Dependent)

Penyakit diabetes atau kencing manis Jenis 1 berlaku akibat kegagalan badan menghasilkan insulin – hormon yang membuka pintu sel bagi membolehkan glukosa diserap dan ditukar menjadi tenaga.
Badan tidak berupaya menghasilkan insulin akibat proses auto-imun dimana sistem imun badan menyerang dan memusnahkan sel pankreas (sel penghasil insulin).
Glukosa tidak dapat diserap oleh sel kerana tiada insulin dan menyebabkan glukosa berkumpul dalam darah. Penghidap diabetes Jenis 1 perlu mengambil suntikan insulin setiap hari dan memantau paras glukosa/gula dalam darah.
Terdapat kira-kira 24,000 penghidap penyakit kencing manis Jenis 1 di Malaysia!
Anda berisiko tinggi mendapat penyakit kencing manis jenis pertama jika
  • adik beradik kepada penghidap diabetes jenis 1
  • anak kepada penghidap diabetes jenis 1

Gejala Penyakit Kencing Manis atau Diabetes Jenis 1

  • kerap kencing
  • kerap dahaga
  • rasa lapar melampau
  • berat badan jatuh mendadak
  • keletihan melampau
  • mudah marah

Jenis 2 – Tidak Bergantung Pada Insulin (Non-Insulin Dependent)

Penyakit diabetes Jenis 2 berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakan insulin dengan baik. Biasanya penyakit kencing manis jenis ini boleh dikawal dengan pemakanan dan senaman. Tidak ramai pesakit kencing manis jenis 2 perlu makan ubat dan disuntik insulin.
Sebanyak 98% daripada 1.2 juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kencing manis adalah penghidap diabetes Jenis 2.
Anda berisiko tinggi mendapat penyakit kencing manis jenis kedua jika
  • keluarga ada sejarah diabetes
  • masalah kegemukan atau obesiti
  • tidak atau kurang bersenam
  • wanita yang melahirkan anak dengan berat lebih 9 paun (4 kilogram)
  • usia semakin meningkat

Gejala Penyakit Kencing Manis atau Diabetes Jenis 2

Anda berisiko mendapat diabetes jenis kedua jika anda ada mana-mana gejala diabetes jenis pertama dan juga:
  • jangkitan kuman yang kerap
  • penglihatan kabur
  • luka/calar yang sukar sembuh
  • kebas pada tangan dan kaki
  • jangkitan berulang pada kulit, gusi atau pundi kencing

Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)

Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian.
diabetes kencing manis 04 Tips Kesihatan | Penyakit Diabetes atau Kencing Manis
Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes.
Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh.
Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun.
Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi bersaiz besar dan mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.

Diabetes bentuk lain

Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain.
Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.

Biasanya, penghidap diabetes jenis I mula mendapat simptom penyakit ketika zaman remaja atau sebelum mencecah usia 40-an. Dek kerana kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dan rawatan bagi mengawal tahap glukosa darah.

Diabetes jenis II berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas.

Selain pengambilan ubat-ubatan dan suntikan insulin, Pengarah Eksekutif NADI, Prof. Datuk Mustaffa Embong menyarankan supaya pesakit kencing manis mengamalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan berat badan dan bersenam.

Merawat segera penyakit diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini. Lebih buruk lagi, sekiranya seseorang pesakit turut menghidap ‘pakej’ penyakit lain termasuklah darah tinggi dan jantung.


Diagnosis


Diagnosis penyakit diabetes mellitus dibuat melalui ujian darah.


Paras glukos darah semasa puasa yang melebihi 7 mmol/L atau pada bila-bila masa melebihi 11.1 mmol/L merupakan paras yang dikategorikan sebagai penyakit diabetes mellitus.


Mereka yang mempunyai faktor risiko untuk mendapat penyakit diabetes dinasihatkan menjalani ujian darah dari semasa ke semasa walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa tanda. Ini adalah kerana ada kemungkinan besar mereka menghidap penyakit ini walaupun tidak ada tanda-tanda.


Mereka yang tidak mempunyai faktor risiko juga dinasihatkan menjalani ujian darah kerana faktor usia di mana dengan peningkatan usia, risiko diabetes juga meningkat.


Faktor-faktor risiko


Faktor-faktor risiko penyakit diabetes ini termasuklah keturunan, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal. Sejarah keluarga yang berpenyakit diabetes akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit ini.


Orang yang gemuk juga berisiko tinggi dan obesiti ditakrifkan sebagai indeks jisim tubuh (berat badan (kg)/ketinggian (m2)) melebihi 30 kg/m2 atau lilitan pinggang melebihi 80 sm (wanita) dan 90 sm (lelaki).


Obesiti dan kurang aktiviti fizikal boleh mengakibatkan diabetes mellitus kerana menyebabkan rintangan insulin di mana insulin yang dikeluarkan oleh sel beta pankreas kurang berkesan untuk menurunkan paras glukos dalam darah.

Macamana??? Dah baca??? So bolehlah ambil langkah pencegahan ye seperti kurangkan gula dan kalau boleh guna gula organik. Boleh klik kat word tu untuk baca artikel tentang gula. 

Salam ceria,
aniszzddin

1 comment: