Tuesday, May 8, 2012

Wanita hamil dan Diabetes


Apakah Diabetes Melitus?

Diabetes Melitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.

Apakah yang dimaksudkan Diabetes Melitus semasa kehamilan?

Diabetes Melitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.





Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?

Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan kepada 2 jenis iaitu:-

Jenis 1 (Diabetes Melitus bersandarkan insulin, IDDM)-Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung.

Jenis 2 (Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM)- Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanya gemuk.

Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin.

Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Ia berlaku sebanyak 3-12% daripada semua kehamilan. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.

Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:

1-Sejarah keluarga menghidapi diabetes.

2-Wanita berumur (>35 tahun).

3-Wanita gemuk dengan indeks jisim badan >30.

4-Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan
cecair amnion berlebihan (polihidramnios)(←faktor ini yg saya alami semasa
mengandung anak ke-2), keguguran.

5-Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya, lahir mati, atau bayi yang
dilahirkan cacat.

6-Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada Kulit.


Bagaimana penyakit ini dikesan?

Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan.

Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko.Dalam perkataan lain, ujian saringan glukosa juga dikenali sebagai ujian minum air gula. Saya pernah terpaksa lalui saat 'manis' minum segelas air gula yang sangat 'sedap'. Cukuplah sekali seumur hidup. (^-^)v

Bagaimana diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?

- Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah.

- Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Janin akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi akan menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika proses kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.

- Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah.

- Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).

Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran?

GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.

Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.
Bagaimana rawatan terhadap GDM?

Kawal paras glukosa di dalam darah dengan pengubahsuaian diet.

Senaman sederhana secara tekal juga berguna untuk memperbaiki tolerans glukosa.

Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, terapi insulin diperlukan. Paras
glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.


Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.

Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:


Elakkan gula dan makanan yang tinggi kandungan gulanya (kek, aiskrim, minuman ringan, buah-buahan di dalam tin, jem, coklat dan lain-lain).

Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).

Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).

Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.

Elakkan makanan yang bergoreng.

Source : Info Sihat


Bagi anda yang mengidap GDM atau Diabetes semasa kehamilan, berita baik untuk anda!!
Sebagai permulaan, saya mencadangkan at least Vitamin C dan B-Complex untuk anda.

B-Complex

Tukar makanan kepada tenaga. Kandungan Biotin nya akan metabolisme kan lemak di dalam badan! Sebenarnya, B-Kompleks sangat-sangat membantu dalam Weight Reduction, kalau betul caranya. Ini kerana, B-Kompleks akan membakar makanan untuk keperluan badan. Negatifnya, anda akan berasa cepat lapar! Jadi, waktu nie perlu berhati-hati lah, jika tak kawal nafsu lapar sebaik-baiknya, anda akan mudah terjurus untuk makan lebih banyak, di mana menyebabkan berat badan anda naik. Saya cadangkan anda makan healthy snack seperti buah-buahan & kekacang apabila sentiasa rasa lapar tue.

Vitamin C

Satu lagi vitamin penting untuk pesakit kencing manis adalah vitamin C. Memiliki tahap vitamin C dipercayai mengurangkan risiko penyakit kencing manis sebanyak 62%. Ini merupakan di Kesimpulan daripada kajian di Amerika Syarikat lebih 21.000 orang sepanjang tempoh 12 tahun.

INFO: Satu kajian di India dilakukan dengan memberi pesakit diabetes sama ada 500mg
atau 1,000 mg vitamin C. Hanya mereka yang mengambil 1,000 mg vitamin C sehari
mempunyai penurunan yang ketara dalam kedua-dua tahap gula dalam darah mereka,
dan hemoglobin glycosylated.

Sila hubungi saya di 0126088399 atau aniszzddin@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Salam Ceria,
aniszzddin


No comments:

Post a Comment