Thursday, June 28, 2012

Pemakanan Sihat untuk Ibu hamil

Semasa mengandung, apa sahaja yang kita makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi. Pemakanan ibu berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol. Namun sama ada kita mengandung atau tidak, diet yang sihat ailah diet yang merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika kita mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang kita berpotensi untuk menjadi individu yang sihat. Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus) dan jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain. 

Cakap senang kan? Tapi masa saya mengandung dulu masa awal2 tu (trimester 1 & 2) memang tak boleh nak memenuhi keperluan nutrisi macam yang kat atas tu. Saya rasa ramai juga ibu2 diluar sana yang mengalami pengalaman yang sama. Bila mengandung biasanya kita akan alah terhadap banyak benda. Seingat saya ketika mengandungkan kedua2 anak saya, 5 bulan yang pertama tu mmg tak ada selera nak makan, semua benda terasa memualkan termasukkan makanan kegemaran saya. Bila mengandung memang aotumatik jadi tak suka dengan makanan tu. Susu pun takleh minum. Bila pegi pemeriksaan bulanan mesti berat turun. Jadi macamana nak dapat nutrisi yang cukup??? Jawapannya melalui makanan tambahan (supplement). Doktor pun akan bagi asid folik dan obimin betul tak? memang secara logiknya itu sahaja cara untuk kita mendapatkan nutrien yang diperlukan tanpa mengambil makanan harian seperti nasi dan lauk pauk tu. Jadi hari ini saya ingin kongsikan Set Ibu Hamil khas untuk ibu2 yang mengalami alahan yang teruk ketika hamil macam saya ( kalau tak peknen melantak tak hingat (>__<) hehe). 

SET 1~ utk 1st trimester mengandungi


(30's Multivitamiin (LENGKAP DGN IRON) ,30's B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC), 30's vitamin C) and 1 bottle of calcium(120 caplets) - Ini untuk kegunaan sebulan

 

SET 2~utk 2nd & 3rd trimester ~ mengandungi


(30's Multivitamiin (LENGKAP DGN IRON) ,30's B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC), 30's vitamin C) and 1 bottle of calcium(120 caplets) 30 capsule OMEGA GUARD (MINYAK IKAN)- ini untuk kegunaan sebulan.

Ingat ye bakal2 ibu. Berikan anak anda permulaan yang baik. Namun ini cuma perkongsian saya terserah kepada anda untuk membuat keputusan. Tepuk dada tanya selera. Semoga perjalanan kehamilan anda berjalan dengan lancar dan Allah permudahkan semua urusan anda. InsyaAllah semuanya akan baik2 belaka.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin




No comments:

Post a Comment