Wednesday, June 13, 2012

Keistimewaan Vitamin E shaklee!

 Seperti yang semua sedia maklum vitamin E ni mmg dikaitkan dengan kecantikan kulit ye la kan orang pun mmg panggil vitamin untuk kulit. So selalu kita akan makan tapi harini saya nak share cara guna Vitamin E ni selain telan jer. Saya sebenarnya baru amalkan seminggu sbb baru dapat tip ni dari pengamal tegar vitamin Shaklee hehe iaitu kwn2 seangkatan saya di Euphoria. Ok selain dari enak dimakan begitu saja ( haha dah mcm iklan roti Gardenia) vitamin E Shaklee juga boleh dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan masker. Haaa.... akak tu dah terbeliak mata baca, hehe releks ye kak saya kongsikan kat bawah ni ye. Cepat2 baca pastu buat. Saya garenti anda pasti sukakannya!

1) Susu Tepung Putihkan Wajah
************************

Ambil setengah cawan susu tepung dan campurkan dgn 2 setengah sudu teh air bersih dan sebiji vitamin E Shaklee. Gaul sehingga sebati. Pupurkan ke muka selama 5 - 10 minit. Kemudian bilas dgn air bersih. Amalkan dgn 2 - 3 kali seminggu. InsyaAllah wajah akan nampak lebih putih dan bersih.

2) Licinkan Kulit Wajah
******************

Ambil putih telur dan campurkan dgn sedikit madu (utk kulit biasa) @ limau nipis (utk kulit berminyak) beserta sebiji Vitamin E Shaklee. Celupkan tisu ke dlm campuran putih telur tadi dan letakkan seluruh muka selama 15 - 20 minit. Tunggu sehingga kering dan tarik tisu tersebut. 'Whitehead' dan bintik hitam akan tertanggal bersama. Lakukan 2 kali seminggu utk kesan yg memuaskan.

3) Menghilangkan Parut Jerawat

************************

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk dan ditambah dengan sebiji vitamin E Shaklee. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.


4) Kulit Muka Licin Berseri
********************

Ambil satu sudu besar Yogurt (perisa natural)kemudian tambahkan sebiji Vitamin E Shaklee, pastu campurkan dengan satu sudu teh ESP, kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker.. biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering..

CREDIT 

Saya sebelum ni cuma guna vitamin E tu sapu kat jerawat yang baru nak tumbuh atau dah sehari dua tumbuh, mmg jerawat tu akan kecut, tapi sekarang saya akan amalkan langkah 1-4 diatas sekali seminggu untuk maintain cun gitu! ( cun dimata hubby jadilah kan?????) hehe. Ok kepada pembaca sekalian anda boleh lah mencuba tip2 diatas ye. Ha tak tau mana nak dapat Vitamin E dan ESP tu????

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.



Salam Ceria,
aniszzddin

No comments:

Post a Comment