Wednesday, May 23, 2012

Kelebihan penyusuan susu ibu!

Penyusuan susu ibu buat saya rasa istimewa kerana saya bukan sahaja dapat berikan yang terbaik untuk anak2 saya tetapi saya juga dapat manfaatnya slah satunya ialah kekal langsing (ceh...langsing ke???). Manakala dari segi hubungan pula, penyusuan susu ibu akan membuatkan anak2 sangat rapat dengan ibunya. Auni walaupun dah 5 tahun tapi dia masih lagi manja dengan saya pantang nampak line clear mesti duduk atas riba mama, peluk mama. A'isy takyah cerita la kan, setiap hari pukul 5 ptg bibik kata dah stand by kat depan pintu sbb sblm kul 6 ptg mama mesti dah sampai umah dan masa untuk A'isy "melekat" ngan mama. Itulah istimewanya penyusuan susu ibu ni anak mmg sangat rapat dengan ibunya. Pendek kata kalau mama takde mmg tak senang duduklah diorang ni especially malam. Oleh sbb tu saya bertekad, kuatkan semangat untuk teruskan penyusuan ni sampai A'isy umur 3 tahun cam Auni gak. Dan untuk pastikan niat saya itu tertunai saya amalkan beberapa perkara agar perjalanan penyusuan saya success. Setiap hari saya akan pam susu untuk buat stok walaupun blk masa lunch untuk direct feed A'isy, saya banyak makan sayuran hijau, banyak minum air, minum susu dan sudah lebih kurang  5 bulan saya mengamalkan suppliment bagi memastikan susu yang terhasil lengkap dengan nutrien yang diperlukan sbb apa yang ibu makan itu yang akan dapat pada anak. Penyusuan susu ibu ni lah yang mempertemukan saya denagn shaklee, ya saya bangga bagitau kat semua orang yang saya pengamal suppliment shaklee sbb ianya SEMULAJADI, SELAMAT & BERKESAN. Sepanjang mengamalkannya saya sangat berpuas hati. Susu pekat, lemak berkrim sbb A'isy cepat kenyang walaupun dia dah berumur 19 bulan. Saya happy sebab supply tu sentiasa ada dan mencukupi hehe. Saya kongsikan disini suppliment yang saya amalkan. 

Kalau sebelum ni saya cuma ikut petua orang2 tua tapi sekarang saya juga amalkan suppliment yang mana saya lebih yakin kerana ada fakta yang menyokong. Cuma pada pendapat saya, penghasilan susu ibu juga bergantung kepada keadaan si ibu yang mana ibu kenalah relax dan tak stress. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, bila saya stress mmg tak banyak susu dihasilkan berbanding dengan ketika happy dan cukup rehat. Jadi ibu2 dapatkan rehat yang cukup dan cuba tangani stress untuk hasil yang memuaskan. Satu lagi perkara penting, bagi yang muslim berdoa byk2 minta pada Allah agar murah rezeki anak yg menyusu tu. Saya doakan semua ibu2 yg menyusukan anaknya dirahmati Allah selalu :D!

 Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya dianiszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpageanisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment