Saturday, May 26, 2012

Epal Hijau ke Epal Merah????



 Antara epal merah dan epal hijau yang mana lebih baik untuk menurunkan berat badan? Saya kongsikan disini artikel dari sususejat.com

"Dari segi nutrisi dan nilai kalori pula, epal antara makanan/buah yang berkalori rendah memandangkan 86% daripada beratnya adalah berat air. Baki berat 14% pula adalah karbohidrat termasuk serat (13%, serat 2%), lemak (0.2%), protein (0.3%) serta beberapa unsur surih lagi.
Kehebatan epal terletak pada “3F” nya iaitu “Fiber“, “Flavonoid” dan “Fructose”. Fiber/serat di sini membantu dalam melancarkan lagi sistem peghadaman disamping merendahkan paras Kolestrol LDL, Flavonoid (antioksidan) yang terdapat pada kulitnya pula berguna dalam memelihara kesihatan jantung dan stroke, manakala Fructose (gula) seperti  yang kita tahu adalah sumber tenaga. Epal juga terbukti mampu menghalang manusia daripada beberapa penyakit kronik seperti kanser usus, kanser paru-paru, dan kanser prostat (Sumber: Stanford Medicine Cancer Institute).



 Ramai pengamal diet percaya epal hijau adalah jauh lebih menyihatkan berbanding epal merah. Pendapat mereka ini didasarkan atas beberapa faktor. Pertama, kandungan gula di dalam epal hijau, untuk saiz dan berat yang sama, tidaklah setinggi kandungan gula dalam epal merah, memandangkan sifat epal hijau yang kelihatan “tak berapa masak” dan pembentukan gula di dalamnya masih kecil. Ini sekaligus membuatkan perbezaan nilai kalori sekitar 10-20kcal di antara keduanya (epal hijau lebih rendah).

Mereka juga percaya kandungan nutrien yang terdapat dalam epal hijau adalah 50% lebih banyak berbanding yang terdapat dalam epal merah. Benarkah begitu? Walaubagaimanapun, hujah sebegini adalah terlalu rambang kerana langsung tidak berdasarkan rujukan sains. Menurut Dr. John F. Hammerstone dalam kajian ilmiahnya, kandungan Procyanidin yakni sejenis Flavonoid yang terdapat dalam 4 jenis epal termasuk Granny Smith dan Red Delicious adalah berbeza. Percaya atau tidak, kandungan Flavonoid pada kulit epal merah (Red Delicious) adalah lebih tinggi bebanding epal hijau (Granny Smith).
The procyanidin content varied greatly between apple samples (12.3–252.4 mg/serving) with the highest amounts on average observed for the Red Delicious (207.7 mg/serving) and Granny Smith (183.3 mg/serving) varieties and the lowest amounts in the Golden Delicious (92.5 mg/serving) and McIntosh (105.0 mg/serving) varieties.
Justeru apabila hendak dibandingkan antara kedua-dua epal ini yang mana lebih baik, masing-masing ada kelebihan masing-masing sebenarnya. Dalam kes epal hijau, aku percaya kandungan asid di dalamnya lebih tinggi berbanding epal merah (sebagai contoh, asid malic yang dipercayai membantu dalam menghalang pembentukan batu karang), dan setiapnya mungkin berguna dalam mendapatkan kesihatan terbaik.
Maka cara terbaik untuk memaksimakan khasiat epal adalah dengan mengambil kedua-duanya (epal merah dan hijau) sekaligus dalam diet anda."

Macamana? Dah baca? So sekarang bolehlah buat keputusan nak makan epal hijau atau epal merah. Saya??? Erm saya mmg suka buah2an dan sayur2an. So saya akan makan dua2 skali cuma epal hijau tu rasanya masham hihi saya mmg tak suka masam2 ni waktu peknen pun tak makan masam2 nih.

Salam Ceria,
aniszzddin

No comments:

Post a Comment