Friday, May 25, 2012

Apa Itu Power Pumping?



Susu merudum merupakan masalah yg mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu. Mengapa susu merudum terjadi? Antara faktor penyebab susu merudum adalah stress, datang bulan, kurang kalori, bayi beralih bulan, growth spurts. Ketika growth spurts bayi selalunya akan minum atau makan lebih banyak dr biasa dan ibu merasakan susunya tak mencukupi untuk keperluan bayi.

Untuk membantu memperbanyakkan pengeluaran susu ibu, para ibu boleh cuba

  • makan makanan seeimbang terutama yg tinggi protein, bijirin penuh, oatmeal
  • minuman berasakan barli
  • sayuran hijau gelap
  • pastikan air banyak diminum sepanjang hari
  • rutin mengepam ditingkatkan
  • ambil makanan penggalak susu seperti alfalfa
  • lakukan teknik power pumping
Apa itu Power Pumping?
Ianya adalah satu kaedah atau teknik pengepaman yang itensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu. Menurut yang disarankan dalam kaedah ini, pam selama 10 minit, rehat 10 minit, kemudian pam semula 10 minit dan begitulah lah pada seterusnya, diulang-ulang hingga genap 60 minit. Kaedah ini berbeza daripada rutin pumping seharian yang biasa iaitu 30 minit. Idea disebalik kaedah power pumping ini adalah untuk mimick nursing pattern bayi yang biasanya menyusu begitu. Power pumping juga merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam
2. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
3. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni. 

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Mommies semua jangan la ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA (credit)

No comments:

Post a Comment