Buah epal sering kali dikaitkan dengan diet sihat yang diamalkan sesetengah wanita.Mengapa? Ini kerana sebiji buah epal mengandungi karbohidrat yang sihat untuk tubuh bertahan.Kadar gulanya juga rendah jika dibandingkan dengan buah -buahan lain.Oleh kerana itulah ia paling sihat dijadikan makanan diet.
Selain itu,epal juga mengandungi vitamin C dan kalium.Epal juga disarankan bagi penghidap diabetis dan darah tinggi.Khasiat epal lainnya pula adalah untuk meminimumkan gangguan pencernaan dan rasa mual ketika kehamilan awal.
GULA-GULA BERPERISA EPAL.
Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan ‘phytonutrient’ yang boleh melambatkan pengoksidaan kolestrol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.Ia sama juga fungsinya dengan mengambil sebiji gula-gula.Bezanya jumlah kalori yang diambil dari gula-gula berperisa epal lebih sedikit berbanding jus epal.Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal,jus atau gula-gula,ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
JUS EPAL.
Langkah menjadikan jus epal sebagai sebahagian daripada menu dalam diet harian adalah satu cara yang baik.Pada waktu kelaparan yang melampau,jus epal pengganti paling mujarab.Selain khasiat yang sudah sedia maklum,campuran susu dan gula memberi sumber protien dan karbohidrat tersendiri.Yang nyata kandungan segelas jus epal ini memang memberi khasiat yang diyakini.
JEM EPAL.
Cukup hanya satu sapuan padat,jem epal ini memberi keenakan dalam santapan pagi anda.Jem epal dihasilkan daripada buah epal sebenar dengan campuran bahan yang dibenarkan.Jem epal juga begitu sihat dimakan kerana kandungan gulanya yang rendah serta menyihatkan.
PAI EPAL.
Masih lagi dengan fungsi yang sama.Namun kali ini,anda akan memperolehi lebih banyak khasiat dan lebihan karbohidrat dengan kandungan tepung dan penggunaan marjerin di dalamnya.Cubalah mengehadkan pengambilan pai ini untuk menjaga diet.Sesekali tidak salah rasanya.
** Sumber : Majalah RAPI,Mei 05
Wednesday, May 16, 2012
Tips untuk langsing
Diet dengan buah Epal
Tips untuk langsing
Labels:
Info sihat,
Tips kecantikan,
Tips untuk langsing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment