Rasanya sudah ramai yang biasa dengar dengan "mitos" diataskan? Biasa makcik2 kat kg akan pesan "jgn mkn ubat spital bagi nnt anak besar"! Saya sendiri ada pengalaman camtu. Tetapi kita perlulah mengkaji melalui pembacaan, jangan percaya membabi buta je. Pastu terus decide taknak makan apa jua suppliment/vitamin sbb takut anak besar. Wahai bakal2 ibu ketahuilah bahawa pemakanan suplement sebenarnya tiada kaitan dengan ‘baby besar dalam kandungan’.
Jadi apa sebenarnya fungsi suplement kepada ibu mengandung? jika ia tidak elok kepada baby kenapa ibu-ibu mengandung dibekalkan dengan suplement ini? Suplement bertujuan menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..
Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah ‘ditarik’ oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna.
Saya sendiri mengamalkan pengambilan vitamin/supliment ketika mengandungkan kedua2 anak saya. Alhamdulillah dengan izin Allah, kedua2 anak saya lahir normal (tak terlalu kecil dan tak terlalu besar). Ini membuktikan bahawa pengambilan suppliment bukanlah punca bayi dalam kandungan besar.
Monday, April 30, 2012
Home
Unlabelled
Suppliment boleh menyebabkan bayi dalam kandungan besar????
Suppliment boleh menyebabkan bayi dalam kandungan besar????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment