Jika boleh, cuba untuk memulakan penyusuan dalam masa sejam selepas kelahiran. Ambil kesempatan semasa bayi terjaga selepas kelahiran. Ramai bayi akan secara semulajadi mencari payudara, walaupun ini kali pertama. Bayi yang baru lahir akan menghabiskan masa lebih 24 jam seterusnya untuk tidur.
Langkah awal perlu untuk membantu anda dan si manja anda untuk mengamalkan dan membiasakan diri dengan idea penyusuan susu ibu.
Ia mungkin mengambil beberapa kali percubaan sebelum ianya berjalan lancar, ia adalah penting untuk bayi anda belajar untuk menghisap dibahagian areola anda (di kawasan berwarna gelap payudara) dan tidak hanya hujung puting. Jika bayi anda tidur di payudara, cuba untuk bangunkan dia dengan menggeletek kaki atau menyentuh pipi bayi. Percubaan kerapkan sendawa dan menukar nursing pad juga boleh membantu. Ramai bayi yang tertidur ketika di payudara tidak melekap dengan betul. Berjumpalah dengan doktor anda atau perunding laktasi jika ini berterusan.
Untuk membantu anda dan bayi anda meneruskan penyusuan, kerapkan sesi penyusuan setiap 2-3 jam, walaupun sekelip mata. Di kebanyakan hospital, anda boleh meminta untuk bayi anda dan anda tinggal dibilik yang sama.
Tuesday, April 10, 2012
Soalan lazim penyusuan
Bilakah saya perlu memulakan penyusuan??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice info..
ReplyDeletethanks!
ReplyDelete