Friday, January 6, 2012

Kekal Sihat Dalam Kesibukan - vitamin2 asas yang perlu buat wanita

Golongan wanita adalah golongan yang paling sibuk apabila mereka telah bergelar ibu. Tak kiralah sama ada suri rumah ataupun bekerja kedua2nya akan sibuk dengan rutin harian masing2. Kesibukan ini menyebabkan kebanyakan wanita terlupa untuk memastikan diri mereka mendapat nutrien yang cukup untuk diri mereka sendiri. Dulu saya juga ambil mudah tentang keperluan nutrien badan saya tapi sejak melahirkan anak yang kedua saya mula mengambil berat tentang kesihatan dan kecantikan sebab seorang ibu juga seorang isteri dan seorang ibu itu perlu sihat untuk menjaga anak2 dan menguruskan keluarga disamping memastikan diri sentiasa cantik dimata suami. Oleh itu saya mula memastikan diet yang saya ambil setiap hari seimbang, luangkan masa bersenam, minum air masak dengan banyak dan mengambil vitamin tambahan. Ini kerana diet harian kita belum boleh menjamin bahawa nutrien yang diperolehi mencukupi. Oleh itu saya mengambil suppliment agar badan saya dapat keperluan nutrien yang optimum. Vitamin pilihan saya adalah dari jenama SHAKLEE.

Berikut adalah vitamin2 asas yang perlu buat wanita(credit to hadha)http://www.blogger.com/img/blank.gif

(1) Vitamin A & Beta Carotene
Sumber : Buah oren, lobak, labu, dan sayuran hijau gelap seperti bayam dan brokoli.
Khasiat : Baik untuk mata & mencegah kanser.
Di Shaklee di kenali sebagai CarotoMax. Sebelum ini dikenali sebagai Beta Carotene. Namun, hasil penyelidikan berterusan di makmal Shaklee, Beta Carotene kami telah di formulasi dan di naik tarafkan, dan diberi nama sebagai CarotoMax, yang khasiatnya semestinya lebih baik daripada Beta Carotene sebelum ini.

(2) Vitamin C
Sumber : Buah oren, strawberi dan tomato.
Khasiat : Sumber kolagen, penyembuhan luka, memperbaiki antibodi dan sumber antioksida yang sangat mantap (Powerful antioxidants!). Keperluan vitamin C bertambah apabila seseorang menghadapi tekanan, dan bagi golongan warga emas (orang-orang tua).
Di Shaklee dikenali sebagai Sustained Release Vit-C, yang mempunyai 500mg khasiat Vitamin-C untuk setiap biji Vit-C, di mana setiap biji pula bersamaan dengan 6.5 biji buah Oren. Ia dipanggil "Sustained Release" kerana hanya akan dilepaskan sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan.

(3) Vitamin D
Wanita yang jarang keluar dari rumah, terutama bagi mereka di negara 4 musim, iaitu di musim sejuk, mempunyai risiko kekurangan Vitamin-D yang serius.
Khasiat : Vitamin D membantu penyerapan kalsium di dalam badan.
Jumlah Vitamin D yang dicadangkan setiap hari ialah sebanyak 400 IU (bersamaan 250ml susu kalsium tinggi).

(4) Kalsium

Sumber : Susu dan produk tenusu.Khasiat : Pembentukan tulang, gigi dan darah.Persatuan Osteoporosis Kanada mencadangkan orang dewasa agar mengambil 1000mg-1500mg kalsium setiap hari. Jika anda tidak dapat memenuhinya melalui pemakanan harian, anda perlu dapatkan melalui pemakanan tambahan.

Di Shaklee dikenali sebagai OsteMatrix, iaitu gabungan Kalsium-Magnesium, dan dilengkapi dengan Vitamin D. Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari. Jangan risau, jika anda lupa berapa biji yang perlu anda ambil, ada tercatat pada label botol OsteMatrix tersebut yang anda perlu ambil 4 biji OsteMatrix setiap hari, dan lengkap dengan fakta suplemen nya.

(5) Vitamin E

Sumber : Sejenis vitamin larut lemak yang banyak didapati di dalam bayam, kekacang, biji bunga matahari dan minyak sayuran.

Khasiat : Sumber antioksida, bantu stimulasi sistem imun badan, bantu dalam rawatan penyakit berkaitan kardiovaskular dan kanser.Sekiranya anda mempunyai sejarah keturunan berpenyakit jantung yang kuat, adalah digalakkan untuk mengambil sebanyak 400 IU Vitamin E setiap hari.

Di Shaklee dikenali sebagai Vitamin E Complex. Ini paling best kerana sebiji Vit-E Shaklee memang dah lengkap dengan 400 IU Vitamin-E. Tak perlu nak ambil banyak-banyak kapsul Vit E.


Menyedari tentang kepentingan vitamin2 diatas untuk wanita maka saya mula mengambil vitamin. Selain daripada yang tersenarai diatas ada satu lagi vitamin yg saya ambil iaitu B complex.B Kompleks tidak boleh dihasilkan di dalam badan, dan khasiatnya sangat penting buat badan kita, yakni - penting untuk saraf, penenang saraf, anti stress, bakar makanan kepada tenaga, melawaskan sistem penghadaman dan juga penting bagi pesakit diabetes.

Pesanan saya, jika anda sayangkan keluarga anda maka penting untuk anda pastikan diri anda sihat kerana seorang wanita juga merupakan seorang isteri dan juga seorang ibu yang mesti sihat untuk menguruskan keluarga walaupun masih bujang anda mungkin perlu untuk menjaga orang tua anda. Jadi mulakan gaya hidup sihat sekarang!

Salam ceria,
Aniszzddin

2 comments: