Apa yang kita makan akan mempengaruhi kesihatan kita. Oleh itu penting untuk kita tahu apakah makanan yang dapat meningkatkan kesihatan kita disamping membantu membakar lemak yang tidak diperlukan oleh badan kita. Jom kita intai 10 sumber makanan yang dapat membantu badan kita membakar lemak.
1. Epal
Epal dianggap raja buah-buahan yang boleh mengawal paras kolestrol secara semula jadi. Fiber dalam epal pectin tinggi dan ia boleh bergabung dengan kolestrol serta membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan.
2. Bawang putih
Bawang putih mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolesterol dan lemak yang tidak sihat. Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak. Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.
3. Kacang soya
Kacang soya mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak. Protein di dalam kacang soya pula mengandungi isoflavon yang dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh, khususnya oxidation of Low Destiny Lecithin (Kolesterol Jahat).
4. Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon
Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.
5. Bawang merah
Mengandungi mineral seperti minyak dan sulfur yang membantu untuk memecahkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.
6. Tauge
Tauge mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme. Tauge juga kaya dengan thiamin, magnesium dan fosforus. Malah mengandungi vitamin E yang dikatakan boleh meningkatkan kesuburan.
7. Lobak merah
Mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan mampu membuang sisa lemak dengan cepat.
8. Tomato
Tomato mempunyai vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang tinggi, ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.
9. Oat
Membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.
10. Teh hijau
Teh hijau mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap 'plasma triglycerides' dan membakar lemak.
Ha dah baca? Apa lagi, semperna tahun baru ini mari kita sama2 meningkatkan tahap kesihatan kita dengan mengambil makanan yang memberi manfaat kepada badan kita. Lagipun kalau kita tengok semua makanan yang tersenarai tu mudah didapati dan tidak memerlukan belanja yang besar. So, jom kita sama2 amalkan memakan makanan yang sihat.
Salam ceria,
Aniszzddin
Thursday, January 5, 2012
Tips untuk langsing
10 Makanan bantu bakar lemak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment