Sejak dulu lagi penyelidik mendapati bahawa vitamin yang kita makan mempengaruhi keadaan kulit. Kekurangan vitamin secara amnya membawa kepada pembentukan kulit yang tidak bermaya, kering atau berminyak. Dalam usaha untuk mempunyai kulit yang sihat, seseorang individu memerlukan pelbagai vitamin seperti Vitamin A, Vitamin E, Vitamin C dan Vitamin D. Mari kita lihat vitamin yang penting untuk kulit.
Vitamin A
Ia membantu untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal pertumbuhan sel kulit. Beta-karotena membantu untuk melindungi membran sel dan merangsang pembahagian sel dan menjadikan kulit lebih anjal. Vitamin A menjaga kulit dari mengalami proses penuaan. Bukan itu saja, ia juga memelihara kulit dari dijangkiti beberapa jenis penyakit kulit. Kekurangan vitamin A menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar.
Vitamin B
B for beauty… vitamin B penting untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Vitamin B juga menjaga kulit dari kekeringan yang boleh menyebabkan kedutan.
Vitamin C
Ia juga dikenali sebagai asid askorbik. Ia adalah penting untuk pengeluaran kolagen. Ia juga membantu untuk menyediakan rangka kerja yang kukuh untuk membaiki tisu dan juga membantu kulit untuk tumbuh semula. Vitamin ini mempunyai peranan yang penting dalam penyembuhan luka-luka pada kulit. Ia juga membantu dalam mencegah skurvi.Ia menjadikan kulit kelihatan lebih muda.
Vitamin D
Vitamin D terbentuk di dalam badan dan ia dianggap sebagai antioksidan dan anticarcinogen. Vitamin D secara amnya disintesis daripada cahaya.
Vitamin E
Vitamin E adalah vitamin utama untuk menyegarkan kulit dan menjadikannya lembut. Ia bertindak sebagai antioksidan dan membantu menghapuskan radikal bebas dalam badan. Dos yang disarankan untuk vitamin E ialah 400IU.
Vitamin K
Vitamin K juga adalah vitamin yang penting dalam pembentukan kulit yang elastik. Ia juga meningkatkan aliran darah yang seterusnya memberikan kulit nutrisi yang secukupnya.
Jika anda inginkan kulit yang cantik dan sihat maka perlulah berusaha dari sekarang. Makanlah banyak sayur2an dan buah2an, minum air yang banyak dan lengkapkan nutrisi anda dengan pengambilan vitamin. Anda boleh mencuba Skin care Trial Pack yang mengandungi 30's Vit E, 30's Vit B Complex, 30's Vit C. Call saya 0126088399 atau email ke aniszzddin@gmail.com
P/S: Bagi yang muslim rajin2 lah basahkan muka dengan wudhu' InsyaAllah wajah akan sentiasa berseri.
Wednesday, December 21, 2011
Kulit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment