Waaa mcm nak nangis jer tgk angka 30 tu. Sebenarnya tak percaya yang saya dah cecah 3 series punya group nih. Pompuan ni biasalah bila dah umur 30 an jer mula lah sibuk nak cari tip2 nak kekal muda dan hot. So masa berblog waliking tadi terjumpa lah tips2 ni kat blog sharhanah ni. Thanks for the info ya! Hah musti kwn2 dah tak sabar nak baca pasal topik hot ni kan? Jom kita sama2 menelaah ye.
1 KAWAL pemakanan. Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan. < --- Yang lain2 tu xde masalh bab kafein tu jer nak kena biasakan tak minum nescafe ya adoi!
2 Guna Pelembap yang sesuai. Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. < --- Dah nak kena cuba nutriwhite lak nih
3 Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari. Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan. < -- naseb baek dok opis, kekadang je kena keluar.
4 Sentiasa bersenam.Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. <-- Nampaknya dah nak mula joging tiap2 hari nih.
5 Minum banyak air. Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan. <-- yang ni pun ok sbb mmg suka minum air masak!
6 Makanan tambahan. Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya. < -- part ni mmg betul. i love shaklee hehe
7. Elakkan bermekap tebal. Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang. <-- mekap? ...takper..saya pun jarang mekap...pakai bedak pun malas..hehe
8. Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang. Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. -- yang ni pun saya setuju sbb saya mmg species yang takleh jauh ngan hubby dan anak2 ni.
Semua yang diatas ni perlu diamalkan untuk kecantukan luaran. Tapi bagi saya kecantikan ni perlu mula dari dalam. InsyaAllah kalau hati bersih dan baik kita akan nampak cantik. InsyaAllah.
Friday, December 16, 2011
Tips kecantikan
Tips Kesihatan & kecantikan utk wanita 30-an
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment