Wednesday, September 7, 2016

SUPPLEMENT DAN VITAMIN SEMASA HAMIL

Kehamilan adalah saat manis untuk pasangan Suami isteri. Sepanjang tempoh kehamilan, diet sihat dan seimbang adalah sangat penting kerana isteri kini membawa satu roh, seorang manusia yang akan dilahirkan. Semua makanan yang IBU makan akan menjadi makanannya juga. Dan nutrisi yang IBU simpan sebelum kehamilan adalah penting untuk perkembangan awal sewaktu organ utama terbentuk.

Antara zat yang penting ialah:

asid folik, salah satu unsur dari kumpulan vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang. Wanita hamil perlu mengambil sekurang-kurangnya 400mcg asid folik serial hari.

zat besi, zat besi penting bagi membantu pembentukan sel-sel darah merah. Seorang ibu hamil mengepam lebih banyak darah keseluruh badan. Kandungan darah ibu lebih 50% dari biasa. Kekurangan sel darah merah menyebabakan anemia dan sangat bahaya kepada kandungan dan diri ibu sendiri.

Vitamin C, sangat penting untuk bantu penyerapan zat besi. Walaupun ibu sudah mengambil zat besi tapi tanpa vitamin c ibu tetap berpotensi untuk mendapat anaemia.

kalsium, ibu hamil perlukan kalsium tambahan bagi menyokong pembentukan gigi dan tulang bayi. Selain itu kalsium dapat mengurangkan gejala kebas atau kekejangan pada ibu sepanjang tempoh kehamilan. Berdasarkan kajian tekanan darah tinggi, kalsium membantu mengurangkan kecenderungan ibu mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil.



Sekian tips #darimakyonguntukmakyong hari ini.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan. 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam ceria,
aniszzddin

No comments:

Post a Comment