Monday, September 5, 2016

Masalah kehamilan & cara mengatasinya



Rasa sakit dan tidak selesa ketika hamil adalah perkara biasa. Semua itu terjadi akibat hormone. Akan tetapi anda perlulah ambil berat terhadap beberapa simptomnya. Biasanya masalah kehamilan ini mula datang apabila usia kandungan memasuki minggu ke 21. 


Antara masalah yang sering mengganggu ialah:

1-MASALAH PEDIH ULU HATI
Ibu hamil yang berhadapan dengan masalah pedih ulu hati akan rasa sakit dibahagian tengah dada. Masalah ini semakin kerap pada peringkat akhir kehamilan. Biasanya keadaan bertambah teruk apabila baring. 

Cara mengatasinya:  tinggikan bantal ketika  tidur. Selain itu minumlah segelas susu sebelum tido dan pada masa yang sama elakkan makanan yang pedas dan berlemak. 

Alternatif lain: ibu juga boleh mencuba peppermint gingerplus. Supplement yang dihasilkan untuk membantu penghadaman secara sihat dan mengurangkan ketidakselesaan akibat pegih ulu hati dan gastric.

2-INSOMIA
Setelah perut semakin membesar dan berat badan bertambah dnegan banyak, ramai ibu hamil mula rasa tidak selesa. Ketika ini bayi dalam kandungan juga semakin aktif dan terlalu banyak bergerak. Ditambah pula dengan kekerapan ke tandas. Akibatnya diperingkat ini ibu sukar tidur. 

Cara mengatasinya: Mandi air panas sebelum tidur dan lakukan senaman ringan. Selain itu letakkan bantal pada bawah perut anda untuk keselesaan.

Alternatif lain: Ambil vitamin B-Complex agar ibu berasa lebih relax dan tenang serta ostematrix (sumber kalsium yang lengkap dengan magnesium) yang terbukti membantu tidur yang lebih berkualiti untuk penghidap masalah insomnia.

3-RUAM
Biasanya ruam terjadi pada wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan sering berpeluh. Antara kawasan yang sering timbul ruam ialah dibahagian bawah payudara atau disekitar pelipat-pelipat badan. 

Cara mengatasinya: Bagi yang menghadapi masalah ini, mereka perlulah sentiasa bersih dan keringkan bahagian tersebut agar tidak peluh. Ingat gunakan bahan pencuci atau sabun tanpa bahan kimia untuk elakkan iritasi bertambah buruk. Selain itu boleh sapukan krim atau lotion yang bebas bahan kimia untuk melegakan kegatalan. Bagi yang sering berpeluh, pakailah pakaian yang longgar dan diperbuat daripada kain kapas agar lebih selesa.

Alternatif lain: Gunakan krim Herbal Blend (krim serbaguna tanpa paraben) untuk melegakan kegatalan. ambil Omega Guard untuk kurangkan iritasi serta gunakan Fresh Laundry Concentrate (sabun basuh shaklee) yang bebas bahan kimia serta terbukti secara klinikal sesuai untuk kulit sensitif.

4-BENGKAK PADA JARI-JEMARI
Bengkak pada jari kaki dan tangan serta buku lali adalah lumrah bagi ibu hamil. hal ini terjadi kerana semasa hamil, badan mengandungi lebih banyak air daripada biasa. bengkak biasanya semakin ketara ketika cuaca panas dan setelah berdiri lama. 

Cara mengatasinya: lakukan senaman ringan bahagian kaki terutamanya ketika berdiri lama. semasa berehat tinggikan kaki. Elakkan berdiri terlalu lama dan kurangkan pengambilan minuman berkafein.

Alternatif lain: Ambil Set Ibu Hamil shaklee.Set kehamilan ini mengandungi vitamin yang lengkap yang membantu mencegah berlakunya ritensi air.

5-KELETIHAN
akibat pertambahan berat badan, ibu hamil mudah rasapenat terutamanya pada minggu terakhir kehamilan. Oleh yang demikian, dapatkan rehat yang cukup dan pada masa yang sama kurangkan aktiviti yang memenatkan dan tidur awal pada waktu malam.

Cara mengatasinya: ambil makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti sayur berdaun hijau, kekacang dan dagingmerah yang tidak berlemak.

Alternatif lain: Ambil Set Ibu Hamil shaklee. Set kehamilan ini mengandungi Vitalea Iron (multivitamin yang dilengkapi dengan vitamin, mineral dan zat besi yang diformulakan khas untuk menambah tenaga dan mengatasi keletihan) 

Semoga perkongsian ini membantu ibu-ibu yang sedang hamil diluar sana. Jumpa lagi dalam entry yang akan datang, insyaAllah.


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan. 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam ceria,
aniszzddin

No comments:

Post a Comment