Wednesday, February 17, 2016

Buasir boleh sebabkan anemia jika berlarutan! Ini cara atasinya segera!


Hemorrhoid atau Buasir adalah penyakit yang disebabkan oleh pembengkakan atau keradangan salur darah vena di bahagian dubur ( anus) atau akhir usus ( rectum). Buasir selalunya terjadi di sebabkan oleh proses meneran semasa membuang air besar ataupun disebabkan oleh meningkatnya tekanan darah di dalam vena semasa mengandung. Buasir (hemorrhoid) biasanya menjadi topic yang memalukan jika dibincang ,akan tetapi buasir merupakan penyakit ringan yang kerap berlaku.Setakat ini pelbagai cara rawatan yang berkesan telah ditemui bagi merawat pesakit-pesakit buasir. 


SIMPTOM-SIMPTOM 

Antara simptom-simptom buasir adalah : 

Pendarahan semasa membuang air besar tetapi tiada rasa sakit (warna darah yang cerah dapat dilihat pada tisu tandas ataupun mangkuk tandas) gatal-gatal atau beradang sakit atau rasa tidak selesa bengkak pada sekeliling anus ketulan yang menyakitkan disekitar dubur. Biasanya simptom-simptom buasir bergantung pada tempat sama ada buasir dalaman (internal hemorrhoid) ataupun buasir luaran (external hemorrhoid).



Buasir dalaman (internal hemorrhoid): di dalam kawasan rektum tidak dapat dilihat dan dirasa tidak menyebabkan rasa tidak selesa jika meneran akan menyebabkan ia berdarah,rasa sakit dan beradang. Buasir luaran (external hemorrhoid) : bawah lapisan kulit di sekitar anus berdarah atau gatal jika dirangsang kadang-kadang boleh menyebabkan darah membeku dan menyebabkan thrombus (darah beku yang menyumbat salur darah). Kesannya sakit yang teruk,bengkak dan beradang 


BILAKAH PERLU BERJUMPA DOKTOR

Pendarahan ketika membuang air besar merupakan tanda utama buasir .Tetapi keadaan ini boleh berlaku pada penyakit lain seperti kanser usus dan kanser anus.Bukan semua pendarahan datang daripada penyakit buasir,oleh sebab itu bejumpalah doktor dengan segera jika ada perubahan pada rutin perkumuhan anda ataupun jika najis kehitaman atau merah pekat atau najis berdarah. Keadaan tinja akan memberikan gambaran tahap pendarahan yang dialami.Rawatan kecemasan perlu jika anda mengalami pendarahan yang terlalu banyak,muntah-muntah,pening,atau tidak sedarkan diri. 

FAKTOR PENYEBAB 

Salur darah di sekitar anus berpotensi untuk membonjol,bengkak dan kemudiannya pecah.Ini disebabkan oleh tekanan yang tinggi pada salur darah. Tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh : meneran ketika membuang air besar duduk terlalu lama di dalam tandas cirit-birit yang teruk atau sembelit kegemukan mengandung golongan berumur kerana salur darah semakin lemah 

KOMPLIKASI 

Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi: Anemia : Kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia(kurang darah merah).Oleh sebab itu kita akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan. Dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak(gangrene).

RAWATAN

Jika anda sedang menderita buasir anda masih ada beberapa alternatif untuk merawatnya. Saya kongsikan disini.

1) Ubat-ubatan : 

Jika buasir yang dialami oleh pesakit hanya menyebabkan rasa tidak selesa,doktor akan mencadangkan pesakit menggunakan ubat sapu atau lampin.Ubat-ubat yang diberi oleh doktor mengandungi witch hazel atau hydrocortisone yang boleh melegakan kesakitan dan kegatalan.Pesakit dinasihatkan tidak menggunakan ubat sapu lebih dari seminggu melainkan yang disarankan oleh doktor ,kerana ia akan menyebabkan ruam pada kulit,radang dan kulit menipis. 

2)Rawatan yang mudah : 

Jika ketulan darah terbentuk pada buasir luaran (external hemorrhoid),doktor akan melakuakan torehan yang kecil untuk membuangnya.Rawatan tersebut cepat dan kurang komplikasinya. 

3) Doktor akan melakukan rawatan lain jika pendarahan pesakit buasir berterusan ataupun buasir yang menyakitkan antaranya : 

>>Menyekat pendarahan dengan gelang getah yang kecil (Rubber band ligation) 
>>Suntikan untuk mengecutkan tisu di sekitar anus. 
>>Teknik pembekuan, Teknik ini menggunakan laser atau cahaya infrared atau      
      haba. Teknik  ini memberi risiko yang tinggi untuk berulang kembali buasir.


4) Set Buasir Shaklee

Berikut adalah vitamin yang membantu penghidap buasir:

Zinc Complex
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih serius seperti keluar najis bersama darah & membuang air besar dengan rasa yang tersangat perit. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka dibahagian dalam dengan lebih cepat.

Omega Guard
Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur keatas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Disinilah omega memainkan peranan membantu mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

Ostematrix
Bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka dibahagian dubur.

rawatan buasir


Terserah kepada anda untuk membuat pilihan, tetapi ramai yang sudah mencuba set buasir shaklee dan mereka kini bebas dari buasir. 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment