Monday, September 14, 2015

Panduan memilih topeng muka yang sesuai ketika jerebu???

Assalamualaikum semua, hari ini jerebu masih kategori kurang sihat dikebanyakan negeri diMalaysiakan?? Bila jerebu antara langkah awal yang kita ambil ialah memakai topeng muka. Cakap pasal topeng muka ni, saya terpanggil untuk berkongsi tentang panduan memilih topeng muka yang betul ketika jerebu. Info ni pun saya dapat tengahari tadi ketika blog-walked mencari bahan untuk blog saya ni. Saya jumpa beberapa web yang beri info tentang ni.

Anda biasa dengan topeng muka ini?

vitamin ketika jerebu
Nak tahu apa kegunaannya?

Topeng pembedahan

"Topeng pembedahan yang digunakan sebagai penghalang fizikal untuk melindungi pengguna daripada bahaya, seperti percikan titisan besar cecair darah atau badan."

"Penutup mulut dan hidung juga melindungi orang lain terhadap jangkitan daripada orang yang memakai topeng pembedahan. Topeng perangkap zarah besar cecair badan yang mungkin mengandungi bakteria atau virus diusir oleh pemakainya."

~ Sumber OSHA Fact Sheet

Ye topeng pembedahan ni sebenarnya kurang sesuai ketika jerebu sebab ia tak mampu halang zarah-zarah halus (particles) dari jerebu tu. Ni bukan saya pandai-pandai tau saya share berdassarkan artikel ini.

"Apabila Index Pencemaran Udara meningkat melebihi 150 (dalam julat “Tidak sihat”), pakailah topeng muka. Topeng yang mempunyai sijil gred N95 dapat menapis partikel-partikel halus. Tukar topeng anda jika ia kotor atau kemek dengan teruk." 

"Topeng pembedahan yang biasa tidak dapat memberi perlindungan yang cukup daripada partikel-partikel jerebu. Mereka yang mempunyai masalah pernafasan haruslah merujuk kepada doktor mereka dahulu sebelum menggunakan topeng pernafasan."

~Sumber : BabyCenter 

So nak pakai yang mana????

Pilihlah topeng jenis N95.... yang macam dalam gambar bawah ni.


vitamin ketika jerebu

 Jadi apakah itu topeng yang mempunyai gred N95?

"Topeng Pernafasan direka untuk mengurangkan pendedahan pekerja kepada bahan cemar bawaan udara. Topeng Pernafasan datang dalam pelbagai saiz dan mesti dipilih secara individu untuk memenuhi muka pemakai dan untuk menyediakan pemakaian yang ketat." 

"Pemakaian yang betul antara muka pengguna membolehkan setaip sedutan udara dari pernafasan ditarik melalui bahan penapis respirator (topeng muka) dan bukan melalui jurang antara muka dan alat pernafasan."

~ Sumber OSHA Fact Sheet

Sangat kurang pendedahan tentang pemilihan topeng muka ketika jerebu ni sebab tu ramai diantara kita yang salah pilih topeng muka ni. Tambahan pula yang jenis N95 ni susah nak jumpa kan???

Saya harap perkongsian saya ini beri manfaat. Dan jika rasa bagus untuk dikongsikan sila lah share dengan kawan-kawan kita ye. Sharing is caring :)

salam ceria,
aniszzddin


1 comment: