Friday, July 3, 2015

Tips Wajah Bertenaga Walaupun Berpuasa!

Puasa sering dikaitkan dengan wajah pucat dan kusam serta tidak bermaya walaupun selepas mengenakan solekan. Itu adalah tanda ada sesuatu yang tidak kena dengan asasnya iaitu kanvas wajah anda. Bertahan lebih 12 jam tanpa minum air untuk mengecas kesegaran wajah, ibadah puasa bukan alasan anda tampil lesu. Jadi, apa yg perlu anda lakukan???


kecantikan kulit wajah


Jangan Skip Sahur!

Sahur umpama sarapan pada bulan puasa dan ianya sangat penting. Sahur membekalkan tenaga untuk seharian sekali gus menjadi penentu wajah anda bakal pucat atau kusam atau tidak bermaya sepanjang hari tersebut. Makan makanan berkhasiat dan minum air kosong secukupnya. Ingat! Sahur adalah penting dan penting untuk kecantikan!

jangan lupa makan Kurma!

Antara makanan tambahan yang penting untuk menyelahkan kulit ialah vitamin C, niasin atau B3 dan vitamin E! Tahukah anda 100 gram buah kurma mengandungi 1610 mg niasin, 149iu vitamin E, 2.7 mcg vitamin k dan 54 mg magnesium. Kesemua ini merupakan keperluan untuk membuatkan kulit wajah kekal segar seharian!

Selamat tinggal Sabun!

Ketika dipejabat, setiap kali mencuci mekap untuk bersolat jangan gunakan sabun kerana membuatkan kulit wajah kering. Gunakan pembersih tanpa sodium lauryl sulfat. Lebih bagus, gunakan miyak zaitun sebagai pembersih solekan, selainstruktur ringan, minyak zaitun kaya dengan khasiat juga melembapkan wajah serta dalam jangka masa oanjang memperbaiki tekstur kulit.  "Minyak sihat" ini juga sesuai untuk jenis kulit berminyak.

Lakukan Urutan!

Alang-alang menggunakan minyak zaitun, lakukan urutan ringkas pasa wajah untuk melancarkan peredaran darah. Beberapa kawasan yang berkesan dilakukan urutan ialah:

  • dari tengah atas sedikit dari titik tengah antara kening ke pelipis kiri dan kanan
  • dari sudut luar kelopak hidung melalui garisan tulang pipi bawah dibawa ke titik tertinggi tulang pipi
  • dari tengah lekuk dagu dibawah bibir diurut hingga ke penghujung garis senyum.
Ingat!!! urutan dilakukan secara lembut menggunakan jari manis dan hantu sahaja dengan urutan menaik.

Rawat Bibir Anda!

jangan lupa, bibir juga adalah kulit. malah ia kawasan paling cepat menunjukkan tanda dehidrasi iaitu mula menggelupas jika kekurangan air. bibir kering sungguh mencacatkan penampilan keseluruhan tidak kira bagaimana hebat teknik anda bersolek. Gosok bibir perlahan dengan tuala lembut yang basah ketika membersihkan solekan dan pakai pelembap bibir lebih kerap.

Selamat Mencuba!


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment