Monday, April 20, 2015

Air Detoks a.k.a Infused Water, Mudah disediakan & penuh khasiat!

Air Detoks ni bukan sesuatu yg baru. Suatu ketika dulu memang trend la air detoks ni. Semua orang dok tayang air detoks yang macam-macam color tu. Kawan-kawan blogger dapur saya pun gigih update blog masakan masing-masing dengan resepi air detoks ni.


infused water
Sebenarnya nak buat air detoks ni tak susah sebab bahan-bahan yang diperlukan hanya air masak & buah-buahan. Cara penyediaannya pun senang kacang kata anak saya Auni tu hehe.....hanya hiris nipis buah-buahan yang disukai, masukkan dalam bekas kemudian tuangkan 1 liter air masak. Simpan dalam peti ais lebih kurang 8 jam atau semalaman....dah siap!

AIR DETOKS yang saya dah cuba ialah gabungan dari:


Infused water


 LEMON + LIMAU KASTURI + LIMAU NIPIS + OREN

Biasanya air detoks ni orang gunakan buah-buahan sitrus macam limau nipis, lemon, limau kasturi, oren, nenas, epal hijau, tembikai, strawberry dan buah-buahan lain. Selain daripada buah-buahan boleh juga gabungkan buah dengan herba seperti pudina, kayu manis dan halia. Gabungkan ikut citarasa anda kerana setiap bahan mempunyai faedah yang tersendiri kepada kesihatan tubuh badan kita. 

Saya kongsikan beberapa resepi GABUNGAN BUAH-BUAHAN & HERBA serta faedahnya kepada kesihatan kita.

1) Untuk Pembakaran Lemak, Pencernaan dan Sakit Kepala – campurkan teh hijau, limau nipis dan daun pudina.
2) Untuk Menstabilkan Gula Dalam Darah dan Penghadaman – campurkan timun, strawberi dan kiwi
3) Untuk Penghidratan, Pencernaan dan Kawal Selera Makan – campurkan timun, lemon dan limau nipis.
4) Untuk Pertahanan Imun, Pencernaan dan Pedih Ulu Hati – campurkan limau nipis, limau dan lemon
5) Untuk Kempiskan Perut – campurkan timun, daun pudina, lemon dan halia
Air detoks ni baik diminum seawal pagi, tapi kalau yg belom biasa detoks ni elok buat masa hujung minggu, sebab dah namanya detoks kan mesti berlaku kekerapan ke tandas hehe....so sesuai cuba dihujung minggu atau waktu cuti. Selamat mencuba!
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment