Thursday, December 25, 2014

Dana bantuan mangsa banjir dipantai timur

Assalamualaikum,

Seperti yang kita semua sedia maklum, keadaan banjir yang melanda negeri-negeri pantai timur sangat membimbangkan. Masih ramai mangsa banjir yang masih berjuang untuk menyelamatkan diri. Selain dari menyelamatkan nyawa mereka juga berdepan dengan situasi lain seperti kekurangan bekalan air bersih. Berita mereka terpaksa memasak air lumpur untuk diminum akibat tiada pilihan sangat menyentuh hati.

Air yang kotor boleh menyumbang kepada risiko dijangkiti pelbagai penyakit seperti cirit birit. Maka dengan ini saya ingin berkongsi tentang bagaimanavkita boleh membantu meringankan bebanan mereka ini dengan membekalkan penapis air mudah alih. Air bersih yang ditapis boleh digunakan untuk membancuh susu anak-anak dan diminum oleh semua yang terlibat.

Saya memohon sumbagan dana dari sesiapa yang membaca post ini agar pihak kami dapat membelikan penapis air ini untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur.

Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun nama tertera dibawah. Kumpulan kami mensasarkan pembelian sebanyak 100 (atau lebih) water pitcher untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

sumbangan mangsa banjir pantai timur


Semoga usaha ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka. Semoga keadaan banjir segera pulih. 

Terima kasih kerana sudi membaca post ini mohon disebarkan agar lebih banyak bantuan dapat dihantar.

Sekian terima kasih.

#prayforpantaitimur 




No comments:

Post a Comment