Tuesday, September 2, 2014

Mealshake makanan penuh nutrisi untuk kanak-kanak

Pembesaran fizikal dan perkembangan otak kanak-kanak berkait rapat dengan pemakanannya. Kanak-kanak memerlukan lebih nutrisi berbanding orang dewas. Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat setiap hari. Mereka memerlukan nutrisi yang cukup untuk perkembangan fizikal dan mental.

Nutrisi Untuk Perkembangan Otak
Otak kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi agar dapat berfungsi secara optimum. Pada peringkat awal usia, otak kanak-kanak berkembang dengan begitu pesat. Hasilnya, pada usia lima tahun, perkembangan otak mereka sudah mencapai 90 peratus dan kadar tersebut sangat berkait rapat dengan pemakanannya. Untuk perkembangan otak, ada beberapa nutrisi penting yang diperlukan. Antaranya ialah DHA (asid dokosaheksaenoik), zat besi, zink dan asid folik.

DHA
DHA atau asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) mendapati kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransimitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. Memberi anak diet harian yang kaya dengan DHA akan menjadikannya lebih fokus dan dapat memberi penuh tumpuan ketika bermain dan belajar. Antara makanan yang mengandungi DHA ialah ikan, telur dan ayam.

Zat Besi
Zat besi sangat penting untuk memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah dan mencegah anemia. Ketahuilah bahawa otak kanak-kanak sensitif terhadap paras zat besi yang rendah. Kekurangan zat besi yang berlaku di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Pada masa yang sama, kekurangan tersebut turut menyebabkan mereka hilang tumpuan, wujud simptom Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), pucat dan lesu. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Sumber makanan yang kaya zat besi ialah seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

Zink
Zink penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif. Kekurangan zink akan menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut, penurunan fungsi imuniti dan kurang selera makan. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink. Kekacang, germa gandum, bijirin penuh, makanan laut dan daging mempunyai kandungan zink yang tinggi.

Asid Folik
Asid folik yang juga dikenali sebagai folate merupakan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan sempurna bagi seseorang kanak-kanak. Asid ini penting bagi pembinaan DNA dalam setiap sel. DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut. Kanak-kanak yang kekurangan asid folik akan letih, lesu, kurang tumpuan, cepat marah dan pelupa. Sayur-sayuran hijau adalah sumber asid folik yang terbaik.

Nutrisi untuk perkembangan fizikal
Protein
Protein penting untuk pembentukan sel. Sel-sel yang sihat akan membentuk tisu yang sihat, tisu yang sihat akan membentuk organ yang sihat. Maka kanak-kanak yang mendapat cukup protein akan emmbesar dengan sihat dan cergas. Sumber protein adalah seperti daging, ikan, telur dan sebagainya.

Kalsium
Kalsium penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Kalsium juga membantu kanak-kanak membesar dengan sempurna.

Sebagai ibu kita sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak kita, namun kekangan masa dan tuntutan kerjaya sering menjadi punca ibu-ibu gagal menyediakan makanan yang mengandungi cukup nutrisi. kalau pun ibu ada kelapangan sifat kanak-kanak yang cerewet makan pula menjadi cabarannya. kerna saya juga seorang ibu dan saya sendiri pernah mengalami situasi diatas maka saya ingin kongsikan dengan ibu-ibu tentang makanan tambahan dari jenama shaklee yang memebantu para ibu memastikan anak-anak menerima nutrisi yang lengkap setiap hari.

MEALSHAKE mengandungi 24 vitamin dan mineral yang penting. Ia juga kaya dengan serat dan rendah glisemik indeks. Mealshake sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia merupakan nutrisi untuk pertumbuhan & pembesaran. Setiap hidangan mealshake membekalkan:

1) vitamin A yang baik untuk mata
2) Vitamin c untuk sistem imun
3) Vitamin E untuk atasi asma
4) kalsium untuk tumbesaran, kuatkan tulang dan gigi.
5) serat untuk membantu anak lawas dan tidak sembelit
6) zat besi untuk sel-sel darah merah yang baik (sel darah merah penting untuk mengangkut oksigen dan nutrient dalam badan)

vitamin untuk kanak-kanak

Berita baik! Ada promosi istimewa sepanjang september ini, BELI 3 canister melashake anda akan dapat percuma 1 canister. Jimat kan??? Inginkan lebih penjimatan???? Hubungi saya segera!!!!

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin


No comments:

Post a Comment