Saturday, August 16, 2014

Vitamin shaklee bantu masalah nafas berbau

set nafas berbau shaklee
PERNAHKAH anda mengalami mana-mana situasi yang berikut?

1-Mulut yang berbau memberi kesan pada kehidupan sosial dan profesional anda
2-Anda selalu mempunyai rasa kurang sedap dalam mulut sendiri
3-Orang akan selalunya melangkah ke belakang apabila bercakap dengan anda atau mengelak daripada berkomunikasi langsung dengan anda atau menutup hidung dan mulut bila berbicara dengan anda.

4-Seseorang pernah memberi komen tentang mulut anda yang berbau dan telah mempelawa atau memberi anda gula-gula pudina

5-Anda mengalami satu lapisan putih atau kuning di lidah anda


Jikalau jawapan anda ya, anda mungkin sedang mengalami masalah mulut berbau atau lebih dikenali sebagai halitosis.


Punca Mulut Berbau

Mulut berbau disebabkan oleh beberapa faktor. Bau kurang menyenangkan itu boleh datang dari masa ke semasa atau untuk jangka masa yang panjang, bergantung kepada puncanya.

Berjuta-juta bakteria hidup di dalam mulut, terutamanya di belakang lidah. Bagi kebanyakan orang, bakteria itu adalah punca utama mulut berbau. Keadaan mulut kita yang suam dan lembap menjadikan ia tempat yang ideal bagi pertumbuhan bakteria. Kebanyakan masalah mulut berbau disebabkan oleh sesuatu di dalam mulut.
 
Mulut berbau boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

*Penjagaan kebersihan mulut yang lemah 
*Jarang memberus gigi dan tidak memberus gigi dengan betul akan mengakibatkan sisa-sisa makanan mereput di dalam mulut.

*Jangkitan di dalam mulut - Periodontal (masalah gusi)

*Jangkitan saluran respirasi - Tekak, resdung atau masalah paru-paru

*Agen luaran - Bawang putih, bawang, kopi, merokok dan mengunyah tembakau

*Mulut kering (xerostomia) - Disebabkan oleh masalah penghasilan air liur yang tidak betul, pengambilan ubat tertentu atau 'pernafasan mulut'

*Penyakit sistemik (keseluruhan badan) -l Kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, penyakit paru-paru, resdung, penyakit 'refluks' dan lain-lain.



Mulut berbau yang disebabkan oleh masalah dental boleh dicegah dengan mudah melalui penjagaan di rumah dan secara profesional. Antaranya:

1- Memberus gigi anda selepas setiap kali makan dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk menanggalkan sisa makanan dan plak.

2-Memberus lidah anda juga, sebaik-baiknya menggunakan berus gigi yang mengandungi pembersih lidah.

3-Menggunakan flos gigi atau alat untuk mencuci ruangan di celah gigi sekali setiap hari.

4-Menggunakan cecair pencuci mulut bagi memastikan mulut anda sentiasa rasa bersih dan nafas anda segar setiap masa.

5-Kerap mengunjungi doktor gigi (sekurang-kurangnya dua kali setahun) untuk membuat pemeriksaan dan pembersihan gigi.

6-Jika anda rasa mulut sentiasa berbau, catatkan makanan yang anda makan dan senaraikan jenis ubatan yang anda ambil.

Anda juga boleh mencegah mulut berbau dengan minum lebih banyak air setiap hari untuk menolong badan menghasilkan air liur. Setiap tegukan air melalui mulut sedikit sebanyak boleh melonggarkan serpihan makanan dalam mulut. 

Sebagai alternatif lain anda juga boleh mencuba SET NAFAS BERBAU SHAKLEE!

Herblax - Untuk pembersihan usus
Vitamin C - Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus
Garlic Complex - Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria
Alfalfa Complex - Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau
Peppermint Ginger Plus - Berkesan membunuh bakteria penyebab bau mulut
 
set nafas berbau shaklee

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.



*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


Salam Ceria,

Aniszzddin

No comments:

Post a Comment