Monday, August 4, 2014

Kenali Retensi Air, punca dan cara mengatasinya!

retensi air

Retensi air terjadi kerana penakungan air dalam badan. Salah satu sebab utama terjadinya retensi air dalam badan ialah pengambilan garam yang terlalu banyak. Sodium atau garam adalah mineral dan eletrolit yang bagus untuk tubuh badan anda. Akan tetapi, jika mengambilnya secara berlebihan, ia akan membawa kepada kemudaratan kepada tubuh badan. 

Harus diingati, pengambilan garam itu sendiri tidak menyumbang kepada peningkatan berat badan. Akan tetapi ianya akan memberi faktor peningkatan berat badan jika ianya didapati didalam makanan yang tinggi natrium seperti makanan segera, makanan proses atau paling mudah didapati iaitu makanan di restoren. Hal ini kerana, makanan tersebut mempunyai kalori dan tinggi nilai natrium yang terkandung didalamnya.
Bagaimana proses penakungan terjadi?

Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan garam yang tinggi boleh menyebabkan badan anda untuk menahan lebih banyak air, yang boleh membuatkan anda berasa kembung dan akhirnya mengakibatkan pertambahan berat badan. Perkara inilah yang menyebabkan berat badan anda ada kalanya berubah-ubah setiap hari.

Jumlah garam yang diperlukan sehari
Bagi pengguna dewasa, jumlah pengambilan natrium yang disyorkan adalah lebih kurang 2300mg sehari. Ia adalah jumlah yang perlu diambil untuk individu yang sihat, aktif, cergas dan bertenaga. 

Walaubagaimanapun, bagi individu yang mengalami masalah seperti penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, diabetes, penyakit darah tinggi dan sebagainya, jumlah yang disarankan hanyalah 1500 mg sehari. 
Bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan, anda boleh mengurangkan pengambilan natrium harian anda kepada jumlah yang rendah iaitu diantara 1000mg – 1500mg. Mengikut kajian yang dijalankan, anda mungkin boleh mengurangkan jumlah berat badan dalam 0.56 kg jika mengambilnya seperti yang dicadangkan ini. 

Tips mudah mengelakkan retensi air
- Makanlah makanan yang rendah kalori yang secara semulajadi natriumnya seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
- Minum air dengan jumlah yang secukupnya
- Elakkan makan makanan yang berproses dan makanan segera
- Melakukan senaman serta bersauna

Kesimpulannya, dengan mengambil sodium yang disyorkan, ia mungkin dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan secara tak langsung dapat membantu mengurangkan berat badan anda.

Atau anda ingin atasinya dengan supplement semulajadi????

Antara yang membantu ialah:

Alfalfa - mengurangkan retensi air
B-Complex - vitamin B6 dalam b- complex mengurangkan retensi air
Ostematrix - mengganti mineral yang hilang
Vitamin c - pengting untuk imbangan cecair

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment