Thursday, August 7, 2014

Bagaimana menentukan dos vitamin yang sesuai untuk anda

Pilih apa yang anda perlukan! Ye dalam pengambilan supplement samada bagi tujuan memelihara kesihatan atau memperbaiki kesihatan dos vitamin yang diambil setiap hari memainkan peranan. Ia bukan lah sukar, apa yang anda perlu tahu ialah maklumat yang boleh dipercayai berdasarkan kajian sebenar.

Secara asasnya, terdapat badan yang bertanggungjawap menetapkan berapa nilai harian setiap supplement/vitamin yang diperlukan oleh kita berdasarkan kajian yang dijalankan. Salah satu organisasi yang bertanggungjawap ialah FDA(Food And Drug Administration). Dan salah satu peranan penting FDA ialah memastikan setiap makanan, vitamin atau ubat-ubatan dilabelkan dengan betul dan benar-benar selamat untuk diambil.

Biasanya nilai harian yang ditetapkan bagi dos selamat atau dos yang diperlukan diterangkan menggunakan ringkasan (abbreviation).Antara ringkasan yang perlu kita fahami/biasa digunakan ialah:

RDA - Recommended Daily Allowance (nilai minimum yang diperlukan oleh badan kita setiap hari)

Sebagai contoh, ibu hamil memerlukan 400mcg asid folik sehari atau ibu yg menyusukan bayi memerlukan 1200mg kalsium setiap hari. 

DRI - Daily reference Intake ( Rujukan pengambilan harian) ditentukan berdasarkan purata keperluan yang dianggarkan mencukupi.

Sebagai contoh, orang dewasa hanya memerlukan 400iu vitamin E sehari, jika diambil berlebihan boleh memudaratkan.

DRV - Daily recommended values ( Nilai harian yang disarankan ia lebih kurang sama dengan RDA tetapi ia biasanya digunakan untuk lemak, karbohidrat, protein, kolestrol, serat, sodium dan potassium)

Apakah saya PERLU mengambil vitamin mengikut apa yang disarankan semata-mata?

Sebenarnya nilai harian yang perlu kita ambil adalah berbeza mengikut tahap kesihatan kita, sejarah kesihatan keluarga, umur, jantina dan beberapa faktor lain. DRI dan RDA adalah sebagai "bench mark" atau kayu ukur sahaja. Sebagai contoh:

Orang dewasa memadai untuk mengambil 500mg vitamin c sehari tetapi jika anda diserang selsema anda boleh mengambil 1000mg vitamin c sehari untuk meningkatkan sistem pertahanan badan anda. 

DRI

DRI

Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada pengunjung ANISVITASHOP. Mana tahu anda sedang mempertimbangkan untuk mengambil supplement/vitamin dimasa hadapan. Perkara yang paling penting untuk diketahui ialah, pengambilan vitamin sebagai sebahagian dari diet harian andamampu melindungi anda dari pelbagai penyakit kronik di masa akan datang seperti osteoporosis, cancer, sakit jantung, strok dan banyak lagi.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.
*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam Ceria,

Aniszzddin



No comments:

Post a Comment