Thursday, October 3, 2013

Fungsi kolagen dalam badan manusia @ Collagen Powder Shaklee lebih dari hanya mencantikkan kulit

KOLAGEN bukan sekadar untuk kecantikan kulit tapi kolagen memainkan peranan penting dalam memelihara kesihatan kita.

Berikut adalah kepentingan kolagen untuk kita

(1)Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

(2)Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

(3)Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

(4)Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

(5)Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

(6)Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

(7)Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

Kesimpulannya kolagen penting bukan sahaja untuk kekal cantik malah untuk kekal sihat, namun sebagai pengguna kita perlulah bijak memilih KOLAGEN yang baik. Collagen Powder dari shaklee dihasilkan dari bahan utama iaitu sisik ikan merah laut dalam yang memang kaya dengan sumber collagen semulajadi dan sebenarnya sumber terbaik collagen. Ia digabungkan dengan beberapa ramuan lain iaitu Ekstrak Kulit Kerangan, Lactobacillus Acidophilus, Ekstrak Pfaffia, Ekstrak biji Camelia Japonica serta Vitamin C, B2 dan B6.

Gabungan ramuan2 terbaik ini menghasilkan Collagen Powder yang terbukti secara klinikal memberikan 69% kelembapan, 75% kelicinan, 80% kurang kedutan dan 90% peningkatan seri wajah. dan hasil ini akan diperolehi secepat 8 minggu tempoh pengambilan yang konsisten! 

Collagen Powder shaklee ini juga menyerap dengan pantas kedalam usus kita kerana jisim molekulnya yg rendah iaitu 1000 Dalton sahaja. dengan Collagen Powder Shaklee kita kini mampu mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, mata, gusi dan saluran darah. 



Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam Ceria,
Aniszzddin

1 comment:

  1. Jom Lihat Kebaikan Suntikan Kolagen.
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/suntikan-kolagen.html

    ReplyDelete