Tuesday, July 16, 2013

Puasa dan kaitannya dengan kesihatan

Alhamdulillah dah masuk hari keenam kita berpuasa pada tahun ini. Setiap tahun kita berpuasa atas tuntutan agama namun tahukah anda hikmah disebalik berpuasa kepada kesihatan kita? Dari segi perubatan berpuasa bermaksud perubahan fisiologi badan selepas 8 jam dari tempoh seseorang itu makan. Ketika dalam keadaan normal(tidak berpuasa) glukos yang tersimpan didalam hati dan otot merupakan sumber tenaga. Ketika peringkat pertama puasa, glukos yang tersimpan tadi merupakan sumber tenaga pertama sekali yang digunakan. Kemudian setelah glukos tadi habis badan menggunakan lemak yang ada pula untuk ditukar kepada tenaga. Protein hanya digunakan hanya ketika keadaan badan tidak menerima apa2 makanan dalam jangkamasa lebih dari satu hari. Keadaan dimana protein digunakan untuk ditukar menjadi tenaga boleh menyebabkan badan mengalami kerosakan otot.

Ketika ramadhan kita hanya berpuasa selama 8 jam. Ini membolehkan kita mengisi semula tenaga ketika bersahur dan berbuka. Oleh itu puasa dibulan ramadhan membolehkan badan menyediakan proses pertukaran sumber tenaga daripada glukos kepada lemak dalam keadaan teratur dan pemecahan otot untuk mendapatkan sumber protein dapat dielakkan. Penggunaan lemak sebagai sumber tenaga membantu mengurangkan berat badan, memelihara otot dan mengurangkan kandungan kolestrol dan seterusnya mengurangkan risiko terkena sakit jantung dan strok. 

Selain itu, kehilangan berat badan membantu mencegah diabetes dan mengurangkan tekanan darah. Proses detoksifikasi badan turut berlaku ketika berpuasa melalui proses perlarutan dan toksin dibuang melalui air kencing. Selepas beberapa hari berpuasa kandungan beberapa hormon seperti endorfin turut meningkat yang membantu meningkatkan kadar kewaspadaan(alertness) dan kesihatan mental.

Oleh itu makanan yang seimbang dan cecair yang mencukupi penting ketika bulan puasa. Makanan dari sumber karbohidrat kompleks seperti gandum dan oat membekalkan tenaga untuk jangkamasa panjang. Manakala makanan dari sumber serat seperti sayauran dan buah2an membantu melancarkan proses penghadaman.

Manakala makanan yang perlu dielakkan adalah seperti makanan bergoreng, makanan yang mengandungi gula yang tinggi serta minuman bergas dan berkafein. 

Ketika bersahur adalah lebih baik jika mengambil makanan yang tidak terlalu berat dan tidak terlalu mengenyangkan tetapi kekal memberikan tenaga untuk jankamasa yang panjang. Manakala untuk berbuka pula, dahulukan makanan yang memberikan tenaga segera seperti kurma. Selain itu Al-Quran dan As sunnah mengesyorkan beberapa makan yang baik diambil ketika berbuka seperti susu kambing, kurma dan oat.

Pilihan saya dan suami untuk bersahur tahun ini ialah SET TRIPLE GEM. Kombinasi ESP, MEALSHAKE & PERFORMANCE DRINK memberikan rasa kenyang yg lebih lama, tinggi kandungan serat, lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Manakala untuk berbuka kami memilih untuk berbuka dengan CINCH SHAKE yang dicampur dengan oat selain dari kurma kerana ia memberikan tenaga segera. Dan tarawikh tahun ini ditemani oleh PERFORMANCE DRINK yang memberi kesegaran dan mengembalikan tenaga denagn cepat. 



Jika anda ingin pengalaman berpuasa yang "menyegarkan dan lebih berrtenaga" anda patut cuma SET TRIPLE GEM ini. Beza memang berbeza. Dan bonus tambahan yang diperolehi ialah kulit yang cantik dan badan yang langsing sebagai persediaan berhari raya!

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya dianiszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashopuntuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment