Thursday, June 20, 2013

Suplement bantu elakkan penyakit ketika jerebu!

Jerebu datang lagi, dulu jerebu yg teruk rasanya tahun 2010 bila kawasan dinegara jiran Sumatera, Indonesia terbakar. Kini jerebu berlaku lagi kali ini juga dari Sumatera. Namun itu bukan apa yang saya nak kongsikan disini. Apa yang penting ialah langkah2 yang boleh kita ambil bagi mengelakkan terkena sebarang jangkitan dalam keadaan ruang udara yang tidak selamat kini.

Apakah kesan dari masalah jerebu ini pada kesihatan kita.
  •  Gatal-gatal kepada tekak dan batuk-batuk 
  •  Dada terasa sesak nafas atau susah bernafas 
  •  Kegatalan kepada kulit 
  •  Hidung berair dan bersin 
  •  Mata merah, pedih dan gatal mata
Apakah langkah2 yang perlu diambil apabila JEREBU berlaku?

Kita mesti mengambil perhatian terhadap nilai index pencemaran udara (IPU) melalui melalui akhbar, laman-laman web akhbar tempatan, radio dan TV iaitu
  • 0 – 50 Baik 
  • 51 – 100 Sederhana 
  • 101 – 200 Tidak Sihat 
  • 201 – 300 Sangat Tidak Sihat 
  • 301 – 500 Berbahaya 
Berikut langkah-langkah untuk mencegah penyakit akibat Jerebu

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Cara saya dan keluarga hadapi jerebu ialah, mengurangkan aktiviti di luar , yang paling penting check status IPU kawasan tempat tinggal sama ada tercemar atau tidak supaya kita dapat mengambil langkah sewajarnya. Tak ketinggalan kami tingkatkan sistem imun dengan mengamalkan NUTRIFERON dan atasi hidrasi akibat jerebu dan cuaca panas terik dengan PERFORMANCE DRINK. Anak2 juga saya beri MEALSHAKE (multivitamin) dan VITAMIN C sebagai langkah mencegah. Seperti kata pepatah "mencegah lebih elok daripada mengubati".

No comments:

Post a Comment