Thursday, May 9, 2013

PENJAGAAN DIRI SELEPAS BERSALIN YANG MESTI DILAKUKAN

Tempoh berpantang merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh ibu2 kerana semasa dalam pantang keadaan diri kita berada pada keadaan yang lemah dan perlukan penjagaan yang rapi. Oleh itu saya kongsikan disini beberapa panduan untuk ibu2 baru.

~ Cara Tidur Selepas Melahirkan

Tidur dengan bantal tinggi - supaya darah kotor tidak naik ke kepala dan menjauhkan diri dari sakit kepala.

Kaki rapat dan lurus - Ini untuk menjaga supaya peranakan cepat pulih dan vagina menjadi sempit semula, begitu juga luka selepas melahirkan akan cepat sembuh.

~ Pakaian Selepas Melahirkan

Pakaian tebal baju panas lengan panjang - Memakai baju tebal supaya angin sejuk tidak masuk ke tulang yang boleh mengakibatkan sakit tulang-tulang di usia tua.

Berstoking - Supaya kaki sentiasa panas dan angin sejuk yang boleh merosakkan kesihatan tidak akan masuk ke badan.

~ Berbengkung 

Tujuan berbengkung adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik. Selain itu, ketulan darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna

Berurut

Bermanfaat memulihkan otot-otot yang tegang dan memberikan masa ibu-ibu untuk menjalani terapi dalam keadaan relax. Ia dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keselesaan sakit tulang belikat kerana penyusuan bayi.
  
~ Dandanan Rambut

Diikat ketat dan tinggi - Supaya angin meroyan tidak naik ke kepala, jika tidak dijaga ibu-ibu boleh mendapat penyakit gila dan mata cepat rabun.

Sapu minyak zaitun - Untuk menyegarkan kulit kepala dan menghilangkan rasa pening selepas bersalin.

Semoga panduan ringkas ini membantu ibu2 baru yang akan menjalani tempoh berpantang. Owh ye sebelum terlupa, jika anda ingin mencuba SET BERPANTANG SHAKLEE boleh hubungi saya. Sekarang set vitamin untuk ibu2 yang berpantang ni semakin mendapat tempat dihati ramai ibu2. Anda pasti berpuashati dengannnya.

 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment