Sarapan amat
penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur,
sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini
bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga
menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang
sedikit.
Mengambil
sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana
ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek
sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan
tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan
tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya
berlemak dan tinggi kolesterolnya.
Hidangan ini bukan sahaja enak malah menyihatkan dan mudah untuk disediakan.
1. Sediakan
semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan
ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.
2. Roti bakar
boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya.
Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa,
sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.
3. Muffin juga
pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan.
Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk
membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dari dua
minggu.
4. Jika ingin
cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan
sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga
waktu makan tengahari.
5. Semangkuk
bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian
sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk
menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang
atau strawberi.
6. Telur dadar bercampur
sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau
cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.
7. Untuk melengkapkan hidangan
sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan
sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.
credit: portal rasmi puspanita
Cadangan menu sarapan paling ringkas, rendah calori dan pada masa yang sama boleh menurunkan berat badan sambil membina otot ialah:
200 ml (1 gelas) susu segar
1 sudu ESP (Energizing Soy Protein)
2 sudu CinchMix perisa Cafe Latte
Masukkan susu dlm shaker, campur ESP dan Cinch dan goncang sehingga semuanya sebati.
Masa penyediaan: 2 minit
Mudahkan???
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
Salam Ceria,
Aniszzddin
No comments:
Post a Comment