Wednesday, April 10, 2013

Kenali Vitamin Anda

Ramai yg bertanggapan bahawa semua vitamin sama, namun hakikatnya vitamin boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan iaitu:

1-Vitamin Semulajadi
Dihasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin & kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan semulajadinya. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

2-Vitamin Sintetik
Dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan bahan yang terdapat didalam vitamin. Sebagai contoh, vitamin C mempunyai formula empirik C6H8O6 (asid arkobik). Jadi syarikat yang mengeluarkan vitamin ini akan menggabungkan molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen dari apa2 bahan agar membentuk asid arkobik.

3-Vitamin Organik
Dihasilkan dari sumber semulajadi tetapi biasanya melalui proses yang menggunakan haba yang tinggi, tekanan yang tinggi dan pelarut kimia yang kuat. Oleh itu walaupun ia dihasilkan dari sumber semulajadi tetapi hanya sedikit nutrien yg tinggal disebabkan oleh proses yang dilaluinya.

Bagaimana mengenal VITAMIN SEMULAJADI dan VITAMIN SINTETIK?

Vitamin semulajadi dan vitamin sintetik boleh dikenalpasti berdasarkan:
  •  LABEL pada botol vitamin tersebut. Huruf "l" bagi vitamin sintetik dan huruf "d" bagi vitamin semulajadi.
  • Melalui kehadiran gel silika ( vitamin sintetik ada gel silika manakala vitamin semulajadi tiada gel silika)
Berikut merupakan perkara-perkara penting yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk membeli vitamin anda.


1)Keserasian dengan badan

Vitamin Semulajadi dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dengan badan kita. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan sama ada jangka panjang atau jangka pendek.

Vitamin sintetik walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin semulajadi, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik. Dan yang membimbangkan ialah vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.
2)Harga
Vitamin Semulajadi tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah kerana dihasilkan dari bahan2 yg amat sedikit kandungan vitaminnya dan adakalanya diberi percuma saja.

3)Kesan kepada tubuh badan
Vitamin semulajadi mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

4)Kesan jangka panjang

Vitamin Semulajadi tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, analoginya begini:
vitamin semulajadi - umpama buah sebenar

vitamin organik - jus buah-buahan dalam kotak

vitamin sintetik - buah plastik

Serupa tapi tak sama. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda pengunjung blog saya ni.



Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 



Salam Ceria,

Aniszzddin

No comments:

Post a Comment