Saturday, March 23, 2013

20 kebaikan susu ibu

 
 
 
 
 
 
Penyusuan susu ibu kepada bayi secara psikologinya menjadikan emosi ibu lebih tenang dan damai dan dari sudut kesihatan pula merupakan makanan terbaik untuk perkembangan bayi. Berikut senarai kebaikan yang akan diperolehi dari "PENYUSUAN SUSU IBU".
1. Susu ibu mengandungi bahan pencegah penyakit yang mampu melindungi bayi daripada kebanyakan penyakit seperti serangan virus berbahaya. Terutamanya dalam kolostrum susu yang akan keluar pada hari pertama hingga ketiga kelahiran.
2. Penyusuan susu ibu juga boleh mengurangkan risiko alahan.

3. Susu ibu mempunyai kandungan yang mencukupi mengikut suhu persekitaran.

4. Menggalakkan tumbesaran yang normal pada bayi.

5. Penghadaman yang mudah kerana susu ibu diciptakan untuk sistem pencernaan manusia.

6. Mengelakkan berlakunya kekurangan nutrien kerana susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi baru lahir hingga enam bulan.

7. Dapat mengekang masalah ortodontik dan kerosakan gigi kerana penyusuan susu ibu tidak melibatkan puting tiruan dan kandungan gula berlebihan.

8. Penyusuan susu ibu kepada bayi memberikan perkembangan intelek dan IQ yang lebih tinggi.

9. Penyusuan susu meningkatkan rembesan hormon oxytocin juga membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim ibu.

10. Boleh mengurangkan risiko tumpah kepada ibu selepas bersalin dan aliran keluar darah nifas lebih singkat.

11. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari pada ibu.

12. Mengeratkan hubungan dan ikatan antara ibu dan anak menerusi sentuhan kulit ke kulit dan eye contact semasa proses penyusuan secara semula jadi.

13. Penyusuan susu ibu menjimatkan masa penyediaan susu dan kos.

14. Ia mudah dan tidak memerlukan persediaan yang rumit.

15. Penyusuan susu ibu secara eksklusif pada tiga bulan pertama akan membantu menjarakkan kelahiran.

16. Selepas proses kelahiran bayi penyusuan susu ibu juga mengelakkan bengkak payudara pada ibu.

17. Anak yang menyusu susu ibu tidak mempunyai risiko tinggi untuk menghadapi penyakit seperti diabetes, paru-paru berair dan jangkitan pada telinga.

18. Penyusuan susu ibu juga boleh mengelakkan jangkitan bakteria pada usus bayi yang boleh mengakibatkan cirit-birit atau muntah.

19. Susu ibu mempunyai kandungan protein yang tinggi yang mudah diserap dan digunakan sepenuhnya oleh si manja.

20. Kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi ditentukan olehnya sendiri. Seiring dengan pertambahan usianya bayi akan menyusu apabila lapar dan berhenti sendiri setelah kenyang.
Semoga perkongsian ini dapat menyuntik semangat dikalangan bakal2 ibu untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu.
Klik sini untuk lebih info tentang penyusuan serta supplement2 yang membantu menjayakan penyusuan  
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan. 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.



Salam Ceria,

Aniszzddin

No comments:

Post a Comment