Thursday, January 10, 2013

Tingkatkan kesihatan tulang dan sendi dengan supplemen semulajadi!

Tulang-temulang merupakan kerangka bagi menyokong tubuh, melindungi organ-organ penting dan membantu dalam penyimpanan mineral dan formulasi sel darah. Oleh itu kesihatan tulang dan sendi tidak boleh dipandang remeh.

Selain daripada kurang pengambilan kalsium dalam diet seharian, gaya hisup yg tidak sihat seperti tidak bersenam, merokok dan mengambil minuman beralkohol boleh menjejaskan kesihatan tulang dan sendi.

Malaysia Recommended Nutrients Intakes (RNI) (Cadangan Pengambilan Nutrien) mencadangkan purata pengambilan kalsium adalah 1000mg setiap hari bagi mengekalkan tulang yang sihat, namun keperluan kalsium bergantung kepada tahap kesihatan individu itu sendiri. Sebagai contoh ibu mengandung dan ibu hamil memerlukan 1200mg kalsium berbanding wanita yg tidak hamil dan menyusu.
 
Gaya hidup tidak sihat dan ditambah dengan kurang pengambilan nutrien boleh menyebabkan beberapa ancaman tulang seperti osteoporosis dan osteoartritis. 

Osteoporosis merupakan satu keadaan di mana kurangnya ketumpatan tulang dan ia paling biasa dialami di kalangan wanita yang telah monopaus. Osteoporosis merebak secara senyap dan tanpa disedari selama bertahun-tahun. 

Osteoartritis pula merupakan penyakit sendi yang biasa dialami apabila tulang rawan sendi rosak dan tidak dapat berfungsi lagi. Akhirnya, tulang-tulang tersebut berlaga menyebabkan kesakitan, pembengkakan, dan kekakuan. 

Saya dan ramai ibu2 diluar sana mengamalkan pengambilan supplement kalsium bagi memastikan keperluan kalsium oleh badan mencukupi iaitu 1200mg bagi wanita yg menysusukan bayi.  

Supplement kalsium pilihan saya ialah OSTEMATRIX dari Shaklee. Apa yg istimewanya OSTEMATRIX ni?


OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Kenapa dalam ostematrix ni mengandungi vitamin D, magnesium, boron dan zink? Shaklee ostematrix ni sangat istimewa kerana ia bukan sekadar kalsium.  

vitamin D ~ menyokong penyerapan kalsium
magnesium~ memudahkan penyerapan kalsium
boron ~ membantu tubuh menyerap magnesium
zink,copper,manganese adalah enzim-enzim aktif yg perlu

Penggunaan hanya 2 kapsul ostematrix berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam satu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment