Thursday, January 3, 2013

Sakit sendi - Punca dan rawatan!

Sendi -sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan
pergerakan. 

Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau yang disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke
individu yang lain.



Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka.
Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal
saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan. Antara sebab2 sakit sendi ialah seperti berikut.

* Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang
terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat,
postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.

*Berat badan berlebihan

*Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki

*Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)


*Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit

*Penyakit tulang

Rawatan untuk sakit sendi 

- Senaman dan fisioterapi: Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Kurangkan berat badan bagi mengurangkan tekanan dan impak terhadap rawan.. 

-Bagi mereka yang mengalami osteoartritis sendi lutut peringkat awal, boleh melakukan senaman isometrik yang tidak melibatkan aktiviti-aktiviti impak seperti mengangkat kaki yang lurus untuk memantapkan otot-otot kuadriseps. 

-Elakkan berlari, tetapi berjalan laju di kawasan rata amat digalakkan. Bagi osteoartritis teruk, senaman paling senang adalah berenang dan hidroterapi.

- Ubat penahan sakit. Bagi rawatan segera untuk jangka masa singkat tidak lebih dua atau tiga minggu kerana, jika diambil secara berterusan boleh menyebabkan masalah lain seperti gastritis, ulser peptik, kegagalan buah pinggang dan jantung serta serangan angin ahmar.

- Suplemen-suplemen seperti glucosamine untuk kes-kes awal, yang boleh diperoleh di farmasi tanpa preskripsi doktor.

- Suntikan viskosuplemen bagi mengganti atau menambah cecair sinovial untuk kelinciran sendi.

- Pencucian artroskopi iaitu pembedahan segera mengeluarkan agen-agen radang di dalam lutut di samping mencuci rawan. Pemeriksaan dalam sendi lutut boleh dibuat melalui kamera video kecil yang dimasukkan melalui skop. 

-Pembedahan gantian sendi - 
Sekiranya rawatan konservatif seperti senaman, fisioterapi, ubat penahan sakit, suplemen dan injeksi viskosuplemen gagal, rawatan seterusnya adalah pembedahan. 
Dalam byk2 rawatan diatas, saya syorkan supplemen untuk merawat sakit sendi yg dihadapi oleh mak saya. Dan supplemen pilihan saya ialah Shaklee Advanced Joint Health Tablet. 



Advanced Joint Health Tablet ini bertindak dalam 3 cara iaitu:

1-Meningkatkan kesan kusyen ~ daripada ekstrak jagung (glusamine)
2- Meningkatkan keselesaan sendi ~ daripada ekstrak Boswellia
3-Memelihara kesihatan tisu penyambung ~ daripada gabungan vitamin c, zink, mangan dan tembaga.

Alhamdulillah seperti yang Shaklee bagitau dalam klinikal research nya. Seawal 5 hari emak saya telah merasa kesannya, sakit sendi berkurang dan dia dah boleh berjalan jauh sikit tanpa menahan rasa sakit. kalau tak mak selalu je mengadu sakit sendi. Sebelum ni saya hanya bagi mak saya alfalfa dan ostematrik tapi bila Shaklee keluarkan sesuatu yg hebat seperti JHT ni saya rasa sangat bersyukur sbb saya tahu kesihatan mak saya bertambah baik dan supplemen yg saya bagi ni adalah SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN. Saya akan share beberapa testimoni lain di entry yg akan datang. So...stay tune K!

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan. 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam Ceria,


Aniszzddin


No comments:

Post a Comment