Tuesday, October 16, 2012

GMO - Apa tu?


Organisma ubahsuaian genetik atau popular dengan panggilan genetically modified organism (GMO) selalunya merujuk kepada tanaman atau organisma lain yang mempunyai kandungan genetik yang telah diubahsuai. Kejadiannya melibatkan penggunaan gen asing yang diperoleh daripada organisma lain dan diberikan kepada sel benih yang hendak dijadikan GMO.

Teknologi kejuruteraan genetik membolehkan percantuman di antara kod genetik yang berlainan berlaku. Oleh itu pengubahsuaian genetik dan pewujudan GMO tidak terhad kepada tumbuhan sahaja, malah sebarang hidupan daripada sekecil virus dan bakteria sehinggalah haiwan dan manusia boleh dijadikan GMO.

Sementara itu, rata-rata di segenap pelosok dunia, penggunaan GMO sedang hangat diperdebatkan. Fokus utama berkisar kepada kebimbangan kehadiran bahan genetik asing pada GMO dan kemungkinan kesan sampingan.

Sebilangan saintis mengatakan ia selamat digunakan tetapi tidak kurang pula yang bimbang GMO boleh memudaratkan kesihatan dan juga persekitaran. Ada yang mengatakan ia meningkatkan kesan alergi atau alahan jika penggunaannya sebagai sumber makanan dan ada pula yang cuba mengaitkannya dengan peningkatan penyakit kanser dan lain-lain masalah kesihatan yang sukar dikenal pasti puncanya.


Tidak kurang juga yang risau bahan genetik asing pada GMO boleh dipindahkan secara rambang kepada spesies lain melalui proses pendebungaan, jangkitan bakteria, serangga atau makanan.


Akibat daripada pewujudan GMO yang semakin tidak terkawal, kebanyakan negara maju telah mengehadkan hanya bijih benih dan bijirin yang 100 peratus bebas daripada GMO tertentu boleh diimport. Sementara itu, bagi makanan yang telah diproses, kebanyakan negara pengimport telah mengehadkan makanan yang mengandungi tahap kecemaran yang melebihi julat 1-5 peratus GMO adalah tidak dibenarkan. Sesetengah negara pula membenarkan makanan yang mengandungi GMO dijual tetapi perlu dilabelkan `mengandungi GMO'.


Sumber: Utusan Malaysia
Semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada anda. Eh...ayam kita beli kat kedai tu GMO ke??? 
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubung sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin


No comments:

Post a Comment