Thursday, November 1, 2012

7 Langkah mudah kearah kesihatan optimum.

Kesihatan optimum bukan beerti kita tidak akan sakit 100%. Tetapi bila berada pada kesihatan optimum kita tidak mudah sakit. Sebagai contoh, orang yg tidak menjaga kesihatan akan selalu kena selsema tapi berada pada kesihatan optimum kita sangat jarang kena selsema. 

Disini saya kongsikan 7 langkah mudah untuk mencapai tahap kesihatan optimum.

1. Dapatkan pemakanan yg mencukupi.

Makan pelbagai jenis makanan boleh membekalkan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang mencukupi bagi mencapai kesihatan optimum, tapi ia bukan mudah. Walaupun kita makan sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi ia tidak menjamin kita mendapat nutrien yg diperlukan sepenuhnya kerana cara penanaman ( ditanam diatas tanah yg tidak organik, penanaman berterusan yg menyebabkan mineral dalam tanah menyusut, penggunaan baja kimia dan racun serangga). Maka cara yg paling mudah ialah dengan mengambil MULTIVITAMIN bagi memastikan badan kita mendapat semua nutrien yg diperlukan untuk kekal sihat dan bertenaga.

2. Menggabungkan sumber protein sihat dalam diet anda

Protein penting bagi diet yg sihat tetapi protein yg berasal dari haiwan mengandungi jumlah lemak tepu yang tinggi. Protein dari sumber bukan daging seperti soya merupakan pilihan protein terbaik. Protein soya sama dengan protein yg anda dapat dari daging, ayam, ikan atau telur. Protein soya membantu untuk membina dan mengekalkan sel2 yang sihat seperti otot, tulang, kulit, rambut dan kuku. Beberapa kajian menunjukkan protein soya membantu mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dalam darah.

3.Vitamin B dan C

Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam metabolisma tenaga yang meningkatkan tahap tenaga tubuh. Pengambilan asid folik(B9) yang mencukupi amat penting bagi menghalang urat saraf terganggu terutama bagi wanita yang merancang untuk hamil. Vitamin C pula penting bagi meningkatkan sistem pertahanan badan dan tulang yang sihat bagi menyokong gigi, gusi serta keseluruhan badan.

4. Tambahkan resveratrol dan polyphenol

Kajian telah menemui yang  penambahan resveratrol dan polyphenol ke dalam diet anda dapat membantu untuk menggalakkan proses penuaan secara sihat dan meningkatkan tahap tenaga.

5. Aktifkan diri

Bersenam secara teratur merupakan sesuatu yang penting dalam mengekalkan kesihatan. Bersenam membantu anda mengekalkan berat badan dan mengelakkan anda daripada diserang daripada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol tinggi dan penyakit jantung.

6. Belajar menguruskan tekanan dalam kehidupan

Pengurusan tekanan penting dalam memelihara tubuh dan otak yang sihat. Tekanan yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko insomia, keletihan, kemurungan, penyakit jantung dan banyak lagi. Mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif dan meluangkan masa untuk berseronok dan berehat dapat membantu anda melegakan tekanan.

7. Elakkan merokok dan pengambilan alkohol berlebihan

Merokok dan alkohol boleh meningkatkan risiko penyakit kronik dan mempercepatkan proses penuaan. Jika anda mempunyai tabiat buruk ini, sekarang merupakan masa terbaik untuk meninggalkannya.

Program Kesejahteraan Keluarga Shaklee merupakan rangkaian vitamin yg membekalkan nutrisi secara menyeluruh kearah mencapai tahap kesihatan optimum. 




Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.


*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment