Tuesday, July 24, 2012

Risau susu merudum di Bulan Ramadhan??? Saya atasinya dengan Set Penyusuan 3M!

Salam ramadhan pembaca setia ANISVITASHOP (ada ke?? hehe). Ok harini dah masuk hari ketiga kita menunaikan ibadah puasa bagi tahun ini. Alhamdulillah dipanjangkan umur dan semoga berkesempatan menghabiskan puasa..... InsyaAllah! Bulan puasa merupakan bulan yang mencabar untuk ibu hamil dan ibu2 yang menyusukan anak...... betul tak?? Ye la nak kena pastikan keperluan nutrisi dipenuhi agar ibu dan bayi kekal sihat. Ini adalah tahun kelima saya berpuasa dan menyusukan anak saya. Kenapa lima tahun sbb saya susukan Auni sampai 3 tahun dan terus sambung susukan A'isy sampai sekarang usianya dan nak masuk dua tahun. Saya merupakan ibu yang bekerja sepenuh masa dan pada masa yang sama menyusukan anak, jadi saya amalkan pengambilan supplement untuk memastikan saya kekal cergas dan bertenaga terutamnya pada bulan ramadhan ini. Saya amalkan SET PENYUSUAN TRIPLE M dan ditambah dengan Mealshake dan Performance Drink agar segera kembali betenaga selepas berbuka. Saya dah amalkan set ni sebelum ramadhan lagi waktu puasa sunat. Alhamdulillah dengan izin Allah saya memang tak rasa penat melampau. Masih boleh lakukan kerja2 rumah dengan jayanya. Susu A'isy pun tak kurang.... macam biasa jer. Oleh itu saya kongsikan disini, manalah tahu jika ada ibu2 yang masih tercari-cari cara mengatasi kekurangan susu di bulan puasa. Anda mungkin boleh consider set yang saya cuba ni.

Set TRIPLE M mengandungi:

Set Triple M ni adalah set lengkap yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anak. Juga sesuai untuk ibu-ibu yang tak menyusukan.. Sesiapa pun boleh ambil set ni, no problem at all :). Tetapi ibu2 hamil tak boleh ambil Alfalfa tu ye! Lelaki dan wanita muda juga sesuai lagi bagus untuk mendapatkan set ini. Ia bukan saja menjadikan anda cergas bertenaga, malah mengurangkan stress, mencantikkan serta menggebukan kulit, menguatkan tulang, dan menyelesaikan masalah kewanitaan seperti keputihan serta mengetatkan faraj.
Berikut Testimoni mereka2 yang mengamalkan set penyusuan ini.



* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.
Berikut antara testimoni mereka2 yang berpuashati dengan set penyusuan ini. Namun suka saya ingatkan bahawa Pengambilan Set Penyusuan ini hanya sebahagian daripada usaha, ibu2 masih memerlukan ilmu penyusuan yang lengkap dan amalan2 rohani untuk menjayakan penyusuan. Rezeki itu dari Allah, jadi kita minta Allah murahkan rezeki anak kita dan mudahkan perjalanan penyusuan kita. Untuk anda saya sertakan doa ini untuk dijadikan amalan



"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Semoga perkongsian saya ini dapat memberi dorongan kepada ibu2 diluar sana yang ingin menyusukan anak2 mereka.
 
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List

SHOUTBOX