Monday, July 30, 2012

Nak kulit cantik @ jom cuba Collagen Powder Shaklee.

Lebih kurang 20 hari jer lagi kita akan menyambut Syawal. Yeay raya datang lagi! Dan semestinya semua orang nak melaram raya ni kan???? Baju raya mesti dah tempah berpasang-pasang. Tak kurang juga yang tekun menurunkan berat badan dan mencantikkan kulit muka maklumlah raya setahun sekali. Tapi bagi saya kecantikan mestilah sejajar dengan kesihatan sbb cantik tu perlu tapi sihat tu penting! jangan abaikan soal kesihatan disebabkan nak tampil cantik. Jadi perlu pastikan apa2 jua samada supplemen atau produk kecantikan yang diamalkan tidak memudaratkan! So hari ni saya nak share tentang satu produk terbaru dari SHAKLEE yang sedang hangat macam Tepung pelita kat pasar ramadhan hehe. Tak lain tak bukan COllagen Powder. Produk ni bukan sahaja boleh dimakan tetapi boleh dijadikan masker semulajadi yang dikatakan meninggalkan kesan yang mmg ummph! Saya pun dah try mmg sangat best lepas pakai! Kulit rasa muluss, gebuss, haluss dan lembap2 gitu!



Berikut adalah kepentingan kolagen untuk kita

♥ Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

♥ Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

♥ Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

♥ Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

♥ Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

♥ Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

♥ Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

Dengan mengamalkan kolagen ini selama lapan minggu dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan! 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin
Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List

SHOUTBOX