Friday, June 8, 2012

Jangan Tunggu Sehingga Penyakit Datang!

Gaya hidup zaman sekarang mendorong kita terdedah kepada pelbagai penyakit. Ya, kita hidup dalam zaman dan persekitaran yang "berpenyakit"  dan yang lebih teruk bila ramai diantara kita yang seperti hanya menunggu sahaja dihinggapi penyakit kronik yang boleh membawa maut. Apa tidaknya dengan gaya hidup yang tidak sihat, tak bersenam, makan ikut suka, hantu rokok dan selalu stress mmg lagi senang lah nak kena penyakit kannn???

Kalau diberi pilihan, mana satu yang anda PILIH, mencegah atau mengubati?


SAYA PILIH UNTUK MENCEGAH!

Mengubati adalah lebih mahal dari mencegah terutamanya apabila penyakit lambat dikesan. Mahal disini bukan sahaja dari segi kos perubatan tetapi masa juga banyak terbuang. Bukan sahaja masa kita tetapi juga masa ahli keluarga yang datang menjaga dan melawat kita.

Sesuatu yang perlu diberi perhatian! 


Mengubati penyakit kronik bukan bermakna menghapuskan penyakit yang sudah ada dalam badan. Mengubati hanya mengurangkan kesakitan buat sementara. Mengubati bermakna kita terpaksa makan ubat (drugs/dadah) sepanjang hayat hanya untuk merasa nikmat sihat.

Penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser biasanya akan kekal sehingga ke akhir hayat kita. Kos mengubati (rawatan & ubat-ubatan ) pula semakin meningkat (mahal) setiap tahun.
  • Mampukah kita membiayai kos rawatan yang mencecah puluhan ribu ringgit untuk mengubati penyakit merbahaya seperti kanser?
  • Sanggupkah kita menyebabkan ahli keluarga susah hati dan jatuh muflis semata-mata ingin mengubati penyakit kita?
Ada insuran perubatan pun belum tentu mampu menanggung kos perubatan kita.

Perlu diingat insuran perubatan ada HAD! Insuran tidak akan menanggung kos perubatan pesakit yang menghidap penyakit kronik sepanjang hayat!

Kos merawat penyakit barah dianggar sekurang-kurangnya RM 40,000 hingga RM 300,000. Itupun jika rawatan mampu menghapuskan semua sel-sel barah yang ada dalam badan.
Peluang untuk mendapat semula kesihatan seperti sebelum menghidap kanser sangat tipis tetapi peluang untuk bertambah sel-sel kanser dalam badan dan mati ketika menjalani rawatan memang sangat tinggi.

Saya punya seorang kawan yang menghidap pneumonia (paru2nya terkena jangkitan akibat merokok), baru berumur 32 tahun meninggal dunia selepas beberapa bulan menjalani rawatan dan meninggalkan isteri serta 2 orang anak yang masih kecil

Jadi saya tanya lagi disini.... Apakah yang lebih penting daripada kesihatan anda?? TIDAK ADA!

Jika anda jatuh sakit yang teruk SEMUA MENDERITA, bisnes akan lingkup, kerja tak mampu dilakukan dan yang lebih buruk keluarga kita akan kehilangan orang yang tersayang.

Sayangi diri anda dan orang tersayang.
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Makan secara sihat
  • Bersenam secara sederhana
  • Ambil vitamin @ supplimen tambahan yang berkualiti.
Jangan biar penyakit datang kepada kita. Mencegah itu lebih baik dari mengubati! Fikir-fikirkan.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
 
Salam Ceria,
 
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment